Cari Post lain disini

Sunday, August 23, 2009

Medal Peringatan 100 tahun Sejarah Penerbangan

Monday, August 17, 2009

Koleksi Lengkap Duit Syiling 20 Sen Dari Tahun 1967 Hingga 2009

Kali ni aku "upload" pula pasal duit syiling 20 sen, diantara semua syiling tersebut hanya terdapat 2 sahaja duit syiling 20 sen yang dikategorikan sebagai RARE oleh para pengumpul iaitu duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1970 dan 1994. Disebabkan jumlah keluarannya sedikit iaitu masing-masing 1,054,000 dan 2,680,339, syiling tersebut sentiasa diburui sampailah sekarang.

Ringkasan;

Duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1967 hingga 1988

Muka hadapan duit syiling menunjukkan nilai duit syiling tersebut iaitu 20 sen, tahun ianya ditempa dan manakala rekaan pada pada bahagian tepinya adalah bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.


Muka belakang pula adalah gambar Bangunan Parlimen, simbol bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan bintang 14 penjuru mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.



Duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 2009

Muka hadapan syiling menunjukkan nilai duit syiling dan diantara simbol 20 sen terletak tahun syiling ditempa. Manakala pada bahagian tengah syiling ini juga ditempa gambar bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.


Tepak sirih yang diukiri dengan terperinci digunakan untuk menyimpan rencah-rencah sirih seperti pinang, kapur, gambir, bunga cengkih dan daun sirih. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu seperti pertunangan dan perkahwinan. Tepak sirih juga merupakan satu ada menyambut tetamu dikalangan orang melayu


Di bawah pula adalah senarai lengkap duit syiling 20 sen, bolehlah anda jadikannya sebagai rujukan;


Rujukan Asal: Sejarah Matawang Malaysia 1957 -2007, KEKKWA

Wednesday, August 5, 2009

Wang Kertas Gantian RM1 Siri ke-5

Prefix BAxxxxxxx digunakan untuk wang kertas gantian RM1 siri ke-5 yang ditandatngani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha yang dikeluarkan sekita tahun 1982 - 1984, Dicetak olah Thomas De La Rue. Gred Wang Kertas ini adalah UNC

Prefix BA0564420

Bahagian Belakang

Dicetak oleh Thomas De La Rue

Tuesday, August 4, 2009

Website BNM Berwajah Baru


Website BNM Berwajah Baru

Isnin (3 Ogos 2009) lepas aku masuk website BNM, macam biasalah nak cari/baca info terbaru yang BNM keluarkan. Selalunya kalau masuk website BNM aku akan baca bahagian Perkembangan terkini, Pengumuman dan harga semasa Kijang Emas. Masa aku masuk website BNM, baru aku perasan yang website BNM sudah berwajah baru, lebih teratur dan user friendly serta menaikkan lagi "image corporate" BNM. Pemilihan warna yang menarik dan "lembut" menjadikan mata pengunjung/penguna selesa ketika membaca info yang BNM keluarkan. Sampaikan aku ingat..... aku tersalah masuk website, hehehe. banyak kali jugalah aku try link http://www.bnm.gov.my/ .

Tahniah dan Syabas aku ucapkan kepada warga BNM.

Website lama BNM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute