Pautan Lain: Utusan Malaysia Online, 21 Oktober 2009.
Cari Post lain disini
Tuesday, October 27, 2009
Sunday, October 25, 2009
Sunday, October 18, 2009
Wang Kertas RM50 Baru (2009) Palsu
Nampaknya sekarang kita kena berhati-hati kerana sudah terdapat wang kertas RM50 baru (2009) yang dipalsukan, walaupun ciri-ciri wang kertas tersebut telah dipertingkatkan dengan sebaiknya mungkin oleh BNM...namun masih juga isu pemalsuan wang kertas RM50 wujud. So, apa yang aku boleh pesan, berhati-hatilah mulai sekarang dan jika kita keluarkan/mendapat wang terutama wang kertas RM50 baru....cubalah tengok-tengok dahulu sebelum simpan.
Note: Sekarang baru aku faham kenapa peniaga-peniaga dipasar malam dan gerai pasang "lampu Philiph"......
Keratan Akhbar Harian Metro, 06 Oktober 2009
**********
Sila rujuk Link dibawah untuk mendapat maklumat dan ciri-ciri keselamatan yang ada pada Wang Kertas RM50 Baru (2009);
Thursday, October 15, 2009
Unit Metrik Timbang dan Sukat Lama
Unit Timbangan:
- 16 tahil = 1 kati
- 1 kati = 600 gram
- 100 kati = 1 pikul
- 1 pikul = 60.48kg
Unit menyukat:
- 1 leng = 2 kepul
- 1 kal = 2 leng
- 1 cupak = 4 kepul
- 1 gantang = 4 cupak
- 4 cupak = ~2.8kg
**********
Sebenarnya ada sebab aku tulis pasal Unit Matrik Timbang dan Sukat Lama, salah satu sebabnya kerana ramai daripada kita semua dah lupa pasal semua tu. maklumlah sekarang dah jarang orang kita menggunakannya lagi, aku ada simpan lagi GANTANG. Aku ni bukan saja suka kumpul wang kertas/syiling lama dan baru tetapi aku juga suka mengumpul barang-barang antik yang pernah aku gunakan dan masyarakat dahulu pernah guna. Best....aku suka Nostalgia barang-barang lama, nanti kalau korang nak koleksi barang-barang lama dan antik yang aku ada (tak banyak pun) termasuklah Honda c70 aku...boleh tengok di ruangan FLICKR yang aku baru wujudkan disebelah kanan blog.
Aku kan 80-an baby......Siapa yang lahir pada tahun 1980-an ~ pasti banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Berbalik kepada cerita sebenar, kenapa aku post tajuk tu?? sebabnya, ada diantara kita yang penah tengok/tahu tentang Unit Metrik lama, nak lebih jelas lagi....aku bagi satu contoh iaitu KUPON yang dikeluarkan dahulu untuk urusniaga getah pada zaman pemerintahan British dulu, korang lihat la kupon tu guna unit sukat apa?? ....unit PICUL/PIKUL dan KATIS/KATI. Setakat tu saja yang aku tahu..nanti kalau ada lagi, aku akan update. :D

Wednesday, October 14, 2009
Jika mendapat wang kertas/syiling palsu, anda....
Apa yang saya perlu buat jika saya mendapat wang palsu?
- Lengahkan pemergian orang yang anda syaki memberi wang palsu itu kepada anda dan perhatikan rupa mereka serta catatkan nombor pendaftaran kenderaan mereka jika ada
- Jangan gunting, edarkan semula atau tulis di atas wang palsu
- Catatkan maklumat berkenaan wang palsu tersebut seperti bagaimana anda mendapat wang tersebut serta di mana dan bila anda menerimanya
- Bawa wang palsu itu ke balai polis berhampiran dan buat laporan dengan segera.
Sunday, October 11, 2009
Sejarah Matawang Malaysia
1899 Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak
1906 Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.
1954 Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.
1958 Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.
1967 Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.
1975 Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.
1998 Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD.
Rujukan asal: Buku Sistem Kewangan Islam, m/s 75 - Instrumen, mekanisme dan perlaksanaannya di Malaysia, Mustafa Dakian (2005).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Harga Spot Gold Terkini





