Banyak betul aku tengok orang cari info berkaitan syiling 50 sen tahun 1976, oleh sebab itulah aku tertarik untuk tulis topik ini. Kenapa begitu ramai orang mencari duit syiling 50 sen tahun 1976 dan apa keistimewaannya?, adakah syiling ini hendak digunakan untuk tujuan mistik ataupun untuk disimpan sebagai koleksi?. Sebelum aku menulis dengan dengan panjang lebar tentang topik ini, aku ingin berpesan dan menegaskan kepada semua pembaca blog aku. Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan kepada teori aku sendiri dan juga pembacaan aku melalui internet, buku serta bertanya kepada "collector-collector" yang lama. Jadi janganlah mengambil serius apa yang aku tulis ianya hanya sekadar untuk berkongsi pengetahuan sahaja.
- Sepanjang pengetahuan aku syiling 50 sen tahun 1976 memang tidak dikeluarkan tapi ada pihak yang menyatakan syiling tersebut wujud. Kalau nak confirm kebenarannya kenalah tanya BNM atau Kilang syiling BNM kerana cara itulah yang paling terbaik. Mungkin disana kita boleh dapat jawapan yang jelas untuk merungkaikan teka-teki yang bermain di fikiran kita semua. Bukan apa, semua syiling dan wang kertas yang dikeluarkan mestilah dibawah pengetahuan BNM, jadi sekiranya BNM boleh “confirm”kan yang tiada pengeluaran syiling 50 sen tahun 1976….memang tiada lah jawapnya tetapi belum ada lagi individu yang bertanya berkenaan kewujudan syiling 50 sen tahun 1976 kepada BNM secara terus. So, Ada siapa-siapa pembaca blog my-koleksi yang volunteer nak tanya BNM?
- Aku masih tidak akan percaya walaupun ada gambar atau syiling 50 tahun 1976 sebenar sebagai bukti kerana belum tentu syiling tu adalah asli. Bagaimana kita nak tahu syiling itu asli ataupun tidak? Adakah dengan cara menggigit syiling tersebut sudah boleh tahu keasliannya. Pemalsuan syiling/wang kertas memang banyak berlaku sekarang, banyak kita dengar melalui media massa.... jadi kalau ada pun syiling 50 sen tahun 1976, mungkin syiling tersebut adalah palsu. Jangan ambil risiko, mungkin ada pihak yang cuba mengaut untung dengan mengatakan yang syiling 50 tahun 1976 memang wujud. Betul atau tidak sama-samalah kita cari jawapannya, Ada juga pihak yang mendakwa memiliki syiling 50 sen tahun 1976 yang asli dan beberapa siri ujian dilakukan oleh “mereka” untuk membuktikan keasliannya……bagaimanakah “mereka” menguji syiling tersebut aku pun tak tahu.
- Setakat yang aku penah tengok, terdapat dua gambar syiling 50 sen tahun 1976 yang berbeza (mana aku tengok tak perlulah tahu). Perbezaanya adalah pada BAHAGIAN TEPI kerana setakat ini ada 2 versi syiling 50 tahun 1976 iaitu yang ada tulis BANK NEGARA MALAYSIA (kalau tak silap pandang) dan Security Edge (macam terbelah dua). Mana satu yang betul? Kedua-dua syiling tersebut juga aku lihat kurang berkualiti kerana corak dan ukirannya tidak berapa cantik seperti syiling 50 sen tahun-tahun lain yang asli.
- Sepatutnya, jika betul ada syiling 50 sen tahun 1976 dikeluarkan, sudah tentu bahagian tepinya adalah bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA". Gambar dibawah boleh menerangkan maksud yang cuba aku sampaikan, hanya sekadar teori aku.
Syiling 50 sen tahun 1973 dan 1977 dikeluarkan dengan bahagian tepinya bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA"
Sila rujuk gambar dibawah untuk mengetahui macam mana rupanya bahagian tepi Milled Edge, Security Edge dan "BANK NEGARA MALAYSIA".
A - Milled Edge
B - Security Edge
C - "BANK NEGARA MALAYSIA"
Aku harap topik kali ini dapat memberi info yang berguna kepada semua pengunjung blog my-koleksi, semoga tanda tanya kita selama ini dapat dirungkaikan. Topik ini ditulis bukan bertujuan untuk menyinggung atau mendatangkan marah mana-mana pihak tetapi cuma sekadar info sahaja bagi mereka yang ingin mengetahui cerita berkaitan syiling 50 sen 1976. Sekian.
19 comments:
diharap yang memburu syiling 50sen 1976 dah faham dan maklum setelah baca info sebegini.anyway,thanks bro my-koleksi.
saya menyokong penuh posting tuan rumah ini. harap dapat menjadi panduan kepada kita semua.
dan yang penting, tidak terkejar2 dengan kemewahan yang dijanjikan menggunakan sesuatu yang tidak pasti kewujudannya.
setujuuuuuu.....pas ni posting sen 1972 pulak.berbulu dah telinga ni..
betul tu mykoleksi...kalau bank negara dah takde keluaran..mmg takde la..so kalau ader org nak cari gak syiling 50 sen 1976..biarlah mereka..ye lah,sukar nak tegah org kan..
Salam sahabat2 ku
Aku ni dah lama menyepi, baru nak bangkit blk buat posting :D
blurguyz79;
aku pun harap posting aku kali ni dapat membantu.
KiD;
Mana kau menghilang, lama x nampak. terima kasih diatas sokongan anda, aku pun setuju dgn pendapat kau.
Din Rambong;
kalau nak tulis pasal syiling 10 sen tahun 1972, aku kena study n research dulu la... makan masa sikit. menarik juga cadangan kau tu, aku memang suka tulis benda yang org blom tahu lagi.
Nazri antique banknotes;
Betul tu, aku pun setuju dgn kau. aku cuma boleh sampaikan sj..yg lain kena fikir sendiri
Anyaway terima kasih kepada sahabat2 collector aku yang sentiasa memberi support.
TQVM
Aku sampai skrg masih pelik apa istimewanya 50sen 1976 ni ? kenapa tak kecoh2 cari 1970, 72, 74 ke
Ke sbb ada yg kata wujud, ada kata tidak benda ni jadi hot item ? selalunya benda2 yg mistirius mmg org suka menjaja
Aku mmg tabik mykoleksi, sanggup ambik masa tulis panjang2 gitu utk rujukan pembaca. Tapi berapa ramai sgt yg nak hargai & telan kenyataan. Yg taunya, aku ada 50sen 1976, mau jual 1 juta...belom citer syiling tu dari alam bunian lagi. Macam2 hal
bro. tlg buat research fasal coin nie... http://antiquemaniacworld.blogspot.com/2010/02/duit-syiling-50-sen-tahun-1975.html
aku pun blur, tapi aku ada dgr cerita yang duit syiling ni diperbuat dari emas putih, kerana masa dulu, emas putih tak berharaga spt sekarang...
ku dah tengok dah duit 50 sen 1976 nie,mmng wujud tp x byk..kwn ku ari 2 ada 2 biji duit nie..1 die punya,n 1 bini die punya..die ckp datuk die bg n peasn jgn dijual..suruh simpan saja..harga duit 2 sekarang RM100,000..nak tau peasl duit xda dikeluarkan?sbb duit 2 duit makhluk halus..masa tahun1976 ada group nie wat kerja menurun duit nie guna jin tp masa menurun 2 ada kesilapan kit 2 duit 2 x perfect sgt..x silap ku ada beratus biji je kt malaysia pas diedar dan diguna masa 2..duit nie sbebnarnya leh pakai menurun numbor ekor and menurun duit..2 la byk sgt org nak cari tp xnak bgtau kegunaan duit syiling nie...kt sarawak dah ada dah yang berjaya minta nombor ekr guna duit syiling nie guna jin kt dalm duit 2..
Salam
Minta maaf en Anony, kalau mcm tu lah ceritanya...terima kasih sj yg mampu diucapkan
Harap pembaca blog my-koleksi dapat menilai sendiri apa yg en Anony kita cuba sampikan. kalau hrga duit tu skrg dh cecah RM100,000...buat apa simpan lagi...baik jual, en Anony akan dpt untung berkali-kali-kali-kali ganda.
harap en Anony boleh tgglkan no tel, email dan sila gunakan nama sebenar anda bg memudhkan pembeli yg berminat utk menghubungi anda..."MUNGKIN" hrga yg ditawakkan akan lebih tggi lagi utk syiling en Anony tersebut.
Saya just collector banknote and coin yg biasa sj.
Terima kasih
Kat sini ada tentang duit 50 sen 1976. http://barang-bertuah-mistik-antik.blogspot.com/2010/05/very-rare-coin-50cent-1976.html
klu duit 10 sen 1976 xdek org nak kew?
ramai btol cari syiling 50sen 1967 ni. aku ada satu..lama dah aku simpan..sape2 nak bagitau la yea.
Rasanya saudara salah faham ni, bukan 50 sen tahun 1967 tp 1976...???
salam,
saya setuju dgn pndpt incik anonymous tuh. duit syiling 50 sen tahun 1976 ini mmg wujud. tapi ibarat kata, dlm beribu org tuh,cume sesetengah saja yg bernasib baik tuk memilikinya atau mendapatkannya. Duit syiling 50 sen tahun 1976 ni, mmg ada kegunaannya tersendiri. Yg saya tahu,ia lebih menjurus kepada kebaikkan lah. kalu tujuan yg bukan2, itu saya kurang pasti.wallahualam.~pendpt ini saya rujuk dgn seorang ustaz yg berpengalaman.wallahualam...~
mgarut jela.. ape syiling sampai mcm 2?? simpan wat kenang2an sude..mcm kumpul setem ler..
emmm pening2....special gk ek duit2syiling mcm ni huru hara jdiknya..,tp ape pn i belive u all.. :)
kat mudah ade jual siap dengan gambar...tp x pasti kesahihannye...betul kate admin btter rujuk BNM...
Info yg berguna..
baru thu kenapa ada duit 50 sen yg terbelah :D
Post a Comment