Cari Post lain disini

Loading...

Tuesday, January 19, 2010

Pos Malaysia Perkenal Setem Mata Wang

Keratan akhbar yang aku ambil dari Berita Harian bertarikh 16 Januari 2010, anda semua boleh baca keratan akhbar di bawah untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.


Setem Mata Wang ini mula diedarkan pada 18 Januari 2010 dan sudahpun ada dalam simpanan aku... walaupun aku tengah sibuk dengan kerja namun semua itu tak menghalang aku untuk mendapatkannya, terima kasih aku ucapkan kepada adik ipar aku yang telah menolong aku untuk mendapatkan koleksi Setem Mata Wang yang lengkap (dia kerja dekat Pejabat Pos Besar Dayabumi, apa lagi call saja dia terus boleh dapat...hehehe). Bagi aku pengeluaran Setem tersebut bukan sahaja menarik minat pengumpul setem sahaja malah menarik minat pengumpul wang dan syiling lama/baru juga kerana ianya melibatkan mata wang. Faktor lain pula yang menjadikan setem ini menjadi buruan adalah kerana dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara Malaysia bersemperna sambutan ke-50 Bank Negara. Jadi, bagi mereka yang belum memiliki setem tersebut...cubalah untuk memilikinya....mungkin anda boleh membelinya nanti dari "collector" setem atau bukan "collector". Harga jangan tanya aku, menurut pemerhatian aku, harga koleksi lengkap Setem Mata Wang tersebut aku rasa lepas ni boleh jadi tinggi nilainya...berapa? marilah sama-sama kita tengok nanti. :D

1 comment:

Anonymous said...

yep..memang benar koleksi ini perlu disimpan. saya cuba buat tinjaun kat ebay.harganya hari nie je kat ebay dah naik 10-20%.

cgmai67



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute