Cari Post lain disini

Sunday, October 17, 2010

Syiling JUPEM 125 Tahun dilancarkan


Keratan Akhbar Kosmo!, 15 October 2010

**********

BNM Lancar Syiling Peringkatan Sempena Ulangtahun Ke-125 Jabatan Ukur Dan Pemetaan

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis melancarkan syiling peringkatan sempena sambutan ulang tahun ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Syiling berkenaan boleh didapati dalam tiga versi iaitu emas, perak dan emas Nordic.

Duit syiling peringkatan emas mempunyai nilai muka RM100 dan harga jualannya RM1,200, dengan 150 keping sahaja ditempa, demikian menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Dengan nilai muka RM10, duit syiling peringatan perak, diperbuat daripada logam perak sterling dengan 300 keping sahaja ditempa.

Sementara itu, duit syiling peringatan Emas Nordic pula mempunyai nilai muka RM1 dan dan harga jualannya RM10 setiap satu. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Menurut Bank Negara, duit syiling peringatan itu boleh didapati di ibu pejabat dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching mulai Jumaat.

-- BERNAMA

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute