Cari Post lain disini

Saturday, October 16, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Antarabangsa Maritim & Udara Langkawi 2003 (LIMA '03)

Duit Syiling Peringatan LIMA '03

Bank Negara Malaysia melalui website rasmi (29 September 2003) telah mengumumkan pengeluaran tiga jenis duit syiling peringatan sempena pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA '03) yang akan berlangsung pada 30 September - 5 Oktober 2003 di Langkawi. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 50 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 925 seberat 21.7 gram. Walau bagaimanapun, duit syiling perak hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1 sahaja. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan tembaga-nikel. Set ini dijual pada harga RM1,208 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Manakala set 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan tembaga-nikel dengan jumlah keluaran sebanyak 300 set sahaja. Set ini dijual pada harga RM168 setiap set.
 
3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel

Duit syiling tembaga-nikel ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling tembaga-nikel kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM8 setiap satu dengan kuantiti tempaan sebanyak 25,000 keping sahaja. Manakala hanya sebanyak 400 keping duit syiling tembaga-nikel peruf dikeluarkan hanya boleh didapati dalam set 3-dalam1 (100 set) dan set 2-dalam-1 (300 set) sahaja.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut:

Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Peringatan LIMA '03

1. RM1 (Tembaga-Nikel) - Kilatan Istimewa ("Coincard")


Nilai Muka (RM): 1 RINGGIT
Jenis: tembaga-nikel (B.U.)
Logam: Tembaga (Cu75), Nikel (Ni25)
Garispusat (mm): 33.7*
Berat (g): 16.8*
Tebal (mm): 2.6*
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Harga Jualan BNM: RM8

*rujuk spesifikasi pada "Coincard"

Spesifikasi Pada "Coincard"

2. RM1 (tembaga-nikel) - Peruf (Set 2 Dalam 1 & 3 Dalam 1)


Nilai Muka (RM): 1 RINGGIT
Jenis: tembaga-nikel (B.U.)
Logam: Tembaga (Cu75), Nikel (Ni25)
Garispusat (mm): 30.0*
Berat (g): 9.16*
Tebal (mm): 20.0*
Kuantiti Tempaan (keping/set): 25,000
Harga Jualan BNM: RM8

*rujuk spesifikasi pada cert set 2 dalam 1

Spesifikasi Pada Cert Set 2 Dalam 1

3. RM10 Perak (peruf)


Nilai Muka (RM): 10 RINGGIT
Jenis: Perak peruf
Logam: Perak Sterling (Ag925)
Garispusat (mm): 35.7
Berat (g): 21.7
Tebal (mm): 2.7
Kuantiti Tempaan (keping/set): 300
Harga Jualan BNM: Set 2 dalam 1 (RM168), Set 3 dalam 1 (RM1208)

3. RM100 Emas (peruf)


Nilai Muka (RM): 100 RINGGIT
Jenis: Emas peruf
Logam: Emas (Au999.9)
Garispusat (mm): 22.0
Berat (g): 8.6
Tebal (mm): 1.8
Kuantiti Tempaan (keping/set): 50
Harga Jualan BNM: RM1008

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi LIMA dan glob yang melambangkan LIMA sebagai acara bertaraf antarabangsa. Di sebelah belakang pula tertera imej kapal terbang pejuang buatan Rusia jenis Sukhoi-30 dan kapal perang KD Laksamana Tan Pusmah milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Anda boleh rujuk set atau jenis duit syiling peringatan LIMA '03 yang dijual/keluaran khas di bawah:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (Peruf)


2. Duit Syiling Peringatan LIMA 2003 Set 2 Dalam 1 (Peruf)


3. Duit Syiling Peringatan LIMA 2003 Set 3 Dalam 1 (Peruf)


4. Duit Syiling Peringatan LIMA '03 "Coincard" (Kilatan Istimewa)


5. Duit Syiling Peringatan LIMA'03 Set of 2 (Keluaran Khas)


Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan sempena LIMA ’03 ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 30 September 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri
 
2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)
 
3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044)


Update: 1/3/2024 

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute