Cari Post lain disini

Thursday, February 9, 2012

Wang Kertas Lama Diguna Semula Di Hungary




Ni baru betul orang kata bakar duit, perkara begini benar berlaku di Hungary kerana terdapat satu program penggunaan semula wang Kertas lama dengan cara yang agak unik. 


Bank Negara Hungary akan  mengumpul wang kertas lama yang sudah rosak dan mengitar semula menjadi pengganti arang. Selepas itu wang kertas lama tersebut diedarkan kepada badan-badan kebajikan pada setiap tahun untuk dijadikan bekalan bahan bakar ketika musim sejuk. 


Unik betul la idea diorang dan boleh beramal lagi...... sila layan gambar dibawah; 


Tapi, sebelum tu......aku ada satu cadangan, apa kata BNM jual semula wang kertas dan syiling lama yang tidak digunakan lagi kepada "collector". Boleh aku beli terus dengan BNM untuk lengkapkan koleksi, baru la dapat hapus peranan "orang tengah yang cekik darah". Hasil keuntungan dari jualan tersebut bolehlah sedekah kepada rumah anak yatim atau kepada badan-badan kebajikan. Kalau kitar semula macam Bank Negara Hungary buat, macam rugi pula. hehehehe......


Menarik juga kalau dapat tahu bagaimana proses Bank Negara Malaysia (BNM) melupus wang kertas dan syiling lama yang tidak digunakan lagi? :D 












Sumber asalwww.reuters.com

2 comments:

depankanta said...

Salam mykoleksi,
Tertarik dgn para akhir nota post ini,setelah tiga siri syiling moden Malaysia dikeluarkan oleh negara kita sendiri namun pengumpul2 tegar sendiri masih samar2 tentang proses pembuatan syiling.Apa lagi orang biasa.

Negara kita begitu berahsia tentang proses penyilingan dari awal dibuat hingga dilupuskan.Keadaan ini sebenarnya merugikan negara juga kerana rakyatnya tidak dapat memahami dgn jelas tentang pembuatan syiling dan kita kekurangan satu bidang dalam sains Numismatik.

Semoga suatu hari nanti hajat mykoleksi itu akan tercapai dan kita semua mendapat pendedahan A-Z tentang pembuatan duit Malaysia.

Terima kasih banyak2 mykoleksi

farz zull said...

pehh, gitu je 'bakar duit'..hehe
wahh, ni mmg collector tegar, saja nak gitau, yg nak cari duit lama, time parlimen punya any year, zaman jajahan or unik2 bleh inform me, sangat banyak koleksi family n bru nak asing & kelaskan..;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute