Wang kertas Siri Baru RM20 yang kita gunakan sekarang sedikit kurang kualiti kerana pada bahagian gambar Yang Di-Pertuan Agong warna/cetakkannya mudah tertanggal, pada bahagian lain tiada masalah. Kalau tak percaya anda boleh cuba gosok dengan kain atau kuku, lepas tu anda akan nampak kesannya.
Aku ada buat perkara yang sama pada Wang Kertas Siri Baru yang lain tetapi tiada apa-apa kesan pun. Ini bermakna hanya RM20 sahaja yang ada masalah dengan cetakkan
Mari kita tengok gambar dibawah
Wang kertas Siri Baru RM20 ("sample" digunakan adalah nombor siri AA), warnanya sangat menarik
Potret Yang Di-Pertuan Agong yang pertama
Gosok pada bahagian Potret Yang Di-Pertuan Agong, anda boleh lihat hasilnya nanti
Hasilnya, warna/cetakan pada Potret Yang Di-Pertuan Agong tertanggal atau hilang
Aku berharap BNM dapat menangani masalah tersebut dengan segera supaya kualiti Wang Kertas Siri Baru yang dihasilkan sentiasa bermutu dan mengikut specifikasi yang telah ditetapkan.
Mungkin sebab itu juga banyak "Replacement Note" RM20 di pasaran Numismatik yang dijual dengan harga yang agak tinggi.
update 25 Mac 2013, 10:30pm
Aku dapat maklum balas dari Simitri dalam FB yang dia ada cuba "kikis guna kuku, hujung kunci, dan syiling .... tak tertanggal pun gambar YDPA". Bro Simistri....aku terlupa nak tulis yang masa aku cuba hari tu......aku guna Wang Kertas Siri Baru RM20 nombor siri bermula dengan AA. Nak cuba semua nombor siri RM20 yang ada.......mustahil rasanya, jadi buat masa sekarang aku gunakan 1 "sample" sahaja dahulu (nombor siri AA).
Cara nak cuba senang saja;

- Ambil sekeping Wang kertas Siri Baru RM20 (tak kisah gred apa pun)
- Cuba gosok atau kikis guna kuku dengan perlahan, tak perlu tekan kuat sangat (ni cara yang aku buat)
- Akan nampak kesan tertanggal atau hilang cetakan potret YDP
Thanks Simistri diatas info yang kau berikan, kalau ada masa nanti aku akan cuba untuk nombor siri AA sampai yang dikeluarkan sekarang (latest)
No comments:
Post a Comment