Cari Post lain disini

Loading...

Thursday, February 6, 2014

Apa itu Bitcoin?

Sekadar berkongsi... :D, artikal yang di "copy" dari Website Encik FE yang aku rasa ramai yang belum tahu.


Bitcoin bukan lagi perkara baru di internet. Saya percaya mungkin ada diantara anda yang pernah menggunakan Bitcoin. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu Bitcoin, artikel ini akan menerangkan secara umum apa itu Bitcoin.

Apa itu Bitcoin?

Bitcoin adalah wang tunai untuk internet. Bitcoin dianggap seperti matawang maya yang beroperasi secara ‘peer-to-peer’ yakni pertukaran dari orang ke orang. Tiada bank atau pusat matawang berpusat seperti Bank Negara mengawal aliran matawang maya ini. Secara relatifnya Bitcoin adalah hak mutlak si pemiliknya.

Idea penciptaan matawang- kripto ini bermula daripada perbincangan di komuniti forum atas talian pada tahun 1998. Rentetan dari perbincangan tersebut Bitcoin mula digunakan bermula tahun 2009. Menurut bitcoin.org. Dijangkakan sekarang terdapat lebih USD1.5 billion jumlah matawang Bitcoin di dalam pasaran dunia.

Kelebihan utama Bitcoin adalah ianya dikenakan bayaran yang rendah untuk tukaran, tiada perbezaan nilai mengikut kenegaraan dan matawang tersebut tidak boleh dibekukan berikutan tiada pihak berkuasa yang berkuasa di atas matawang ini.

Nilai Bitcoin sentiasa berubah-ubah. Sebagai contoh, pada tahun 2011 nilai Bitcoin hanya USD7.50 bagi setiap Bitcoin dan kini nilai tersebut telah melonjak ke paras USD891 bagi setiap Bitcoin. (pada ketika artikel ini ditulis) http://preev.com/

Bagaimana Bitcoin diperolehi?

Berbanding wang kertas yang dicetak oleh kerajaan, Bitcoin dihasilkan melalui ‘pelombong’ yang mana menggunakan perisian yang khusus untuk menyelesaikan masalah matematik. Sebagai ganjaran setiap penyelesaian Bitcoin akan diberikan. Semakin ramai orang ‘melombong’ Bitcoin semakin sukar matawang ini dihasilkan.

Bagaimana Bitcoin digunakan?

Bitcoin beroperasi dan disimpan melalui aplikasi mudah alih atau perisian komputer yang bertindak sebagai dompet peribadi pengguna. Aplikasi dan program ini membolehkan pengguna menerima dan menghantar Bitcoin. Bitcoin bersandarkan kriptografi atau kod yang mana mengawal, menghasilkan dan menggunakan matawang tersebut.

Kesemua transaksi Bitcoin akan didaftarkan di dalam satu fail perkongsian awam (buku besar akaun) yang dinamakan ‘Block Chain’. Setiap transaksi mempunyai tanda digital yang secocok dengan alamat penghantar. Ini untuk mengelakkan pengguna dari menggunakan Bitcoin yang sama berulang kali.

Tidak seperti kad kredit atau paypal, urusniaga Bitcoin tidak boleh dikembalikan semula kepada si penghantar.

Bagaimanakah cara untuk menjual dan membeli Bitcoin?

Bitcoin boleh dibeli melalui pusat urusniaga Bitcoin atau dengan menukarkan dengan barangan atau perkhidmatan.

Pusat urusniaga Bitcoin yang terkenal seperti Coinbase membenarkan pengguna berurusniaga dengan matawang Dollar.

Di Malaysia contohnya juga terdapat ejen pembeli dan penjual Bitcoin seperti ZHARIF SOFIA EXCHANGER.

Kebanyakkan ejen-ejen Bitcoin ini mengenakan yuran yang tertentu untuk menukarkan Bitcoin kepada matawang kertas seperti RM, USD dan Dollar.

Memandangkan pasaran Bitcoin ini tidak dipantau mana-mana agensi pihak berkuasa, pengguna selalunya dinasihatkan untuk berurusniaga atas risiko sendiri.

Siapa yang boleh menggunakan Bitcoin?

Perisian Bitcoin adalah kegunaan awam, sesiapa sahaja boleh menggunakan Bitcoin.

Akan tetapi, seperti trend-trend matawang sebelum ini, Bitcoin mampu jatuh pada bila-bila masa dan nilai Bitcoin tidak mustahil menjadi kosong.


Lain-lain rujukan:
  1. www.shahabudeenjalil.com
  2. www.weusecoins.com
  3. pelaburanemaspublicgold.com

Apa pula kata Bank Negara Malaysia (BNM)?

Klik gambar untuk besarkan atau layari website BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute