Cari Post lain disini

Loading...

Monday, July 27, 2015

Buku Malaya and Sarawak-Rubber Export Coupons 1922-1942

Hasil pertapaan mykoleksi di 7 kebun getah termasuk tempat pengumpulan getah skrap sekitar Kodiang, dengan tidak disangka telah muncul Buku Malaya and Sarawak-Rubber Export Coupons 1922-1942 yang menjadi buruan pengumpul kupon-kupon getah. Buku tersebut terpelanting keluar dari celah pokok getah bersusu hitam itu.....begitulah alkisahnya :D

Maka, tanpa membuang masa mykoleksi pun ambil dan menyimpannya....betullah kata pendita yang mykoleksi jumpa "cucu, bersabarlah untuk mendapatkan ilmu....carilah buku tersebut dimana asalnya ia terhasil atau datang". 

Terfikir dengan kata-kata pendita itu, maka mykoleksi mendapat ilham dengan mencari (bertapa) buku tersebut di kawasan ladang getah atau di tempat pengumpulan getah skrap. Nah hasilnya sekarang...BERJAYA dengan JAYANYA.

Malaya and Sarawak-Rubber Export Coupons 1922-1942

Buku tersebut dicetak pada tahun 1990 dalam jumlah yang terhad iaitu sebanyak 350 salinan bernombor, yang mykoleksi jumpa ini bernombor "ehem...ehem". Buku tersebut diterbitkan oleh Persatuan Numismatik Malaysia.

This is copy number ______

Walaupun buku ini mempunyai 39 mukasurat sahaja tetapi isi kandunganya menarik untuk penggemar kupon, sila rujuk dibawah:

Index dan Katalog - Mr. Saran Singh


Maklumat lain yang terdapat didalam buku tersebut

Panjang Ceritanya, Sila baca Dulu

Banyaknya Gambar Kupon

Kupon Getah Kedah

Coagulant Unit Coupons dan Share Certificates

Apa itu B.L & P? mykoleksi pun tak tau, nampak gayanya kena pergi bertapa lagilah...

Sumber Rujukan Asal: Buku Malaya and Sarawak-Rubber Export Coupons 1922-1942

1 comment:

Aishah Abd Rahim said...

Assalamualaikum.

Saya sedang menjalankan kajian berkenaan rubber coupons. Saya amat tertarik dan berminat untuk merujuk buku ini. Diharap Tuan dapat membantu saya berhubung hal ini.

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute