Cari Post lain disini

Wednesday, June 24, 2015

Wang Kertas Palsu, Akta 574 (Seksyen 489A - D)

Dunia Numismatik sekarang sudah tidak selamat kerana terdapat ancaman pemalsuan wang kertas dan syiling yang semakin berleluasa, bukan sahaja matawang baru menjadi sasaran sekarang malah matawang lama pun turut menjadi mangsa juga. 

Disebabkan oleh faktor permintaan dan harga matawang lama semakin meningkat, tidak mustahil ianya menarik minat "mereka" untuk memalsukan matawang lama. Jadi, berhati-hatilah anda diluar sana....jangan terlalu taksub untuk membeli matawang lama khasnya, mana tahu nanti anda terbeli matawang palsu sebagai koleksi yang akan anda simpan bertahun-tahun.

Anda boleh memilih samada "Belajar mengenali matawang, kemudian beli dan simpan matawang" atau "Beli dan simpan matawang, kemudian belajar mengenali matawang".

Tahukah anda, menjadi satu kesalahan jenayah menyimpan atau memindahkan wang kertas palsu, anda boleh didakwa dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan. Hukuman yang boleh dikenakan untuk "mereka" yang menjalani aktiviti  tersebut boleh dirujuk dibawah;

Akta 574

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute