Cari Post lain disini

Wednesday, December 21, 2016

Pandangan dan Teguran Ikhlas mykoleksi Kepada BNM

Kenapa esok nak keluar Duit Syiling Peringatan, sehari sebelum baru nak buat pengumuman?

Mengikut perkiraan kasar mykoleksi, sebenarnya tidak sampai sehari pun......hanya beberapa jam sahaja sebelum jualan. mykoleksi merujuk (sebagai contoh) pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk "Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Ke-50".

                    Pengumuman: 20 Disember 2016
                    Tarikh Jualan: 21 Disember 2016

Adakah BNM membuat andaian yang bakal pembeli semuanya dikalangan budak sekolah Kebangsaan atau Menengah atau Cikgu Sekolah? sekarangkan tengah cuti sekolah.... :D

Tidakkah BNM terfikir kami yang pergi ke Sasana Kijang (bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang khasnya) adalah golongan yang kebanyakkan berkerja makan gaji dan ada majikan yang perlu diberitahu untuk "Emergency Leave"? sekiranya cuti kami ditolak tetapi jiwa kami memberontak untuk pergi membelinya sendiri nanti dianggap "MIA" dan boleh dikenakan tindakan tatatertib gara-gara ingin mendapatkan juga Duit Syiling Peringatan. Kalau BNM boleh "backup" kami dengan mengeluarkan "surat sokongan" sudah tentu tidak menjadi masalah, ada BERANI?

Jangan nanti pihak BNM keluarkan statement, "pihak kami tidak memaksa pengumpul atau pengemar Duit Syiling Peringatan untuk datang membeli, mereka boleh memilih tidak datang sekiranya menghadapi pelbagai masalah berhubung perkara ini. Pihak BNM juga tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakkan yang bakal pembeli terima kerana ini diluar bidang kuasa kami"

Jadi, mykoleksi tidak mahu mendapat masalah disebabkan Duit Syiling Peringatan, mykoleksi terpaksa minta tolong sahabat belikan. Nak pergi sendiri memang tak dapatlah......mykoleksi ada meeting. 

mykoleksi cadangkan supaya BNM cuba untuk mengumumkan jualan Duit Syiling Peringatan 3 hari atau seminggu awal secara konsisten. Pihak BNM akan dapat melihat bagaimana indahnya nikmat yang dikecapi oleh bakal pembeli dalam merancang cuti mereka sambil tersenyum untuk pergi ke Sasana Kijang pada hari jualan.

Adakah perkara ini memberi beban yang "EXTREME" kepada pihak BNM?

Sekiranya perkara sebegini tidak dipandang serius oleh pihak BNM, ini menunjukkan BNM seperti menggalakkan pembeli untuk "Missing In Action (MIA)" atau ambil "Emergency Leave" semata-mata untuk datang ke Sasana Kijang. mykoleksi cadangkan untuk yang ambil "Emergency Leave" boleh guna alasan cuti "Cuti untuk beli Duit Syiling Peringatan BNM".

Kalau nak buat pengumuman singkat juga, mykoleksi cadangkan elok letak nota tambahan sebagai contoh: "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"

Contoh Sebagai Rujukan

Pandangan mykoleksi:
  1. mykoleksi bukan berniat untuk "kurang ajar" atau mempersenda atau menghina pihak BNM tetapi ingin memberitahu cara yang sedang dipraktikkan oleh BNM sekarang dalam membuat pengumuman sesuatu Pengeluaran Duit Syiling Peringatan tidak menunjukan sikap profesional pihak BNM (khasnya staff BNM yang diamanahkan untuk tugas ini) dalam menjalankan tanggungjawab disamping itu juga ianya menggambarkan yang mereka tidak merancang dengan baik sesuatu pengumuman berkaitan Pengeluaran Duit Syiling Peringatan.
  2. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya ianya dirancang lebih awal dengan menyediakan "Internal Timeline" untuk memastikan masa jualan Duit Syiling peringatan nanti tidak mengganggu atau menyusahkan bakal pembeli. Orang tua dulu-dulu pernah berkata "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga". Nampak sangat staff BNM bahagian ini "FAIL" dalam pengurusan kerja dan masa.
  3. Perkara ini bukan sekali atau dua (2) kali tetapi sudah banyak kali berlaku malah banyak pandangan, teguran dan luahan oleh pangumpul/peminat Numismaik Malaysia khasnya melalui Blog atau Facebook mereka tetapi masih tidak ada apa-apa perubahan. Pihak BNM boleh cari sendiri dengan bantuan GOOGLE, takkan mykoleksi nak tolong "Copy and Paste" dekat sini satu per satu pula...."Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih" kan....... :D
  4. Satu lagi mykoleksi nak tambah, kalau boleh tolong jangan adakan jualan Duit Syiling Peringatan pada hari JUMAAT. Selain faktor masa yang singkat, staff yang bertugas pun nampak macam tak berapa semangat. Mungkin ada yang ingat nak pergi "shopping", nak balik awal dan macam-macam lagilah.
  5. Jual secara online mungkin jalan keluar terbaik BNM boleh praktikkan untuk jualan Duit Syiling Peringatan yang akan datang tetapi sebelum itu BNM mesti mengkaji beberapa perkara terlebih dulu supaya urusan jual beli "telus". 
"Blogger" seperti mykoleksi hanya ingin membantu dengan memberi pandangan dan cadangan tanpa mengharapkan apa-apa bayaran daripada BNM, senang cakap PERCUMA. Selalunya orang tidak pernah menolak benda "PERCUMA" selagi tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang. Boleh mykoleksi tahu, bagaimana pula dengan pihak BNM?

Adakah salah dari segi polisi BNM untuk menerima pandangan orang ramai seperti mykoleksi bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan/cara kerja staff BNM kearah yang terbaik? kalau itu menjadi "DOSA BESAR", mykoleksi mohon 2.6 billion kemaafan dan sila abaikan apa yang mykoleksi sampaikan disini.

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi mykoleksi sebagai seorang Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia

Yang ikhlas,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute