Cari Post lain disini

Monday, June 28, 2021

Buku Sejarah Mata Wang (1967) - Husain Bin Mahmud

Buku Sejarah Mata Wang

Pada kali ini mykoleksi akan review sebuah buku bertajuk "Sejarah Mata Wang" yang padat dengan maklumat berkaitan matawang. Bermula 12 Jun 1967, negara Malaysia, Singapura dan Brunei masing-masing akan mengeluarkan matawang barunya sendiri. Buku cetakan pertama tahun 1967 ini diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu.

Buku Sejarah Mata Wang Cetakan Pertama 1967

Ini merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura kerana semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi menggunakan matawang yang sama. Bersempena dengan pengeluaran matawang baru dan memperingati peristiwa yang amat bersejarah, buku "Sejarah Mata Wang" dikeluarkan untuk kenang-kenangan dan juga dapat memberi maklumat kepada kita peminat dunia hobi numismatik.

Dengan adanya buku ini, kita dapat mengetahui serba sedikit sejarah dan latar belakang wang-wang lama yang suatu masa dulu menjadi tarikan dan mendapat tempat menjadi bahan untuk disiarkan dalam surat khabar sekitar tahun 1967.

Antara nama-nama yang terlibat dalam penghasilan buku tersebut adalah:
  1. Mr. Alan Wolstenholme - merupakan setiausaha kedua (Penerangan) kepada Jabatan Penerangan British di Kuala Lumpur kerana ikhsan dan pertolongan dalam mendapatkan kebenaran menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan proses pembuatan duit-duit syiling dari Kilang Pembuatan Wang Di-Raja (The Royal Mint), London
  2. Mrs. J. Holland Jones - Setiausaha kepada Pegawai Akhbar, Syarikat Thomas De La Rue & Company, London kerana ikhsan dan pertolongan dalam mendapatkan kebenaran menggunakan gambar-gambar dalam proses penghasilan wang kertas dari syarikat tersebut
  3. Tuan Syed Nasir Bin Ismail - Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang memberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar wang emas (dinar) yang menghiasi Kalender D.B.P tahun 1966.
Terdapat lima (5) bab yang mengandungi pecahan kecil topik menarik, buku ini ditulis dalam bahasa melayu dulu-dulu (1967) yang menggunakan ejaan lama. mykoleksi rasa kita masih boleh membaca dan fahami isinya;
  1. Bab Pertama - Mata Wang Sa-chara Umum
  2. Bab Kedua - Mata Wang Tanah Melayu
  3. Bab Ketiga - Mata Wang Malaysia
  4. Bab keempat - Bagaimana Wang Di-buat
  5. Bab Kelima - Tukaran Wang
  6. Bibliografi
Isi Kandungan Buku Sejarah Mata Wang

1. Bab pertama

Dalam bab ini banyak menerangkan tentang definasi wang, fungsi dan ciri-ciri matawang juga diterangkan. Terdapat 4 bahagian matawang yang kita perlu tahu iaitu wang sah atau wang dijamin oleh kerajaan "sah diperlakukan dengan nilai" yang terbahagi pulak kepada dua (2) "wang sah tidak terhad" dan "wang sah terhad".

Wang kuat juga salah satu daripada bahagian matawang yang kemudian dikuti dengan wang lemah dan wang kertas tawar, sekarang mykoleksi rasa anda dah tahu serba sedikit asas matawang kita.

Sejarah matawang sememangnya panjang sebab itu ada dicerita juga tentang matawang yang asal, wang syiling yang mula-mula, wang Yunani, wang Romania, wang Inggeris Perancis, Itali dan lain-lain negara Eropah serta wang syiling dan kandungannya. Walaupun fakta yang ada dalam buku ini dianggap "lama" namun ianya masih boleh diambil tahu sebagai asas kepada kita sebagai peminat dunia hobi numismatik.

2. Bab Kedua

Bermulalah kajian tentang matawang tanah melayu yang menurut buku ini dibahagikan kepada empat (4) bahagian:
  1. Matawang negeri-negeri Melayu - matawang yang dihasilkan dan digunakan didalam negeri-negeri Melayu yang tertentu sahaja antaranya wang negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
  2. Matawang asing - matawang yang telah diimport dari luar negara dan digunakan dalam negeri ini seperti Rial Sepanyol, Yen Jepun dan Rupee India.
  3. Matawang Negeri-Negeri Selat - matawang yang diperbuat khas untuk negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinangm Melaka dan Singapura.
  4. Matawang Tanah Melayu  yang sebenarnya  iaitu dahulunya dipanggil Ringgit Tanah Melayu (Malayan Dollar).
Panjang juga kalau mykoleksi nak tulis pecahan satu persatu dalam bab ini, ada lebih 42 muka surat penerangan berserta gambar.

Sebahagian Isi Kandungan Dalam Bab 1 dan 2 Buku Sejarah Mata Wang


3. Bab Ketiga

Kisah dalam bab ini berkisar tentang matawang Malaysia dimana pada ketika ini negara kita Malaysia sedang mengorak langkah untuk mengeluarkan matawang sendiri, bertambah kuat lagi apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Menurut undang-undang sebelum Bank Negara mengeluarkan matawang sendiri untuk Malaysia, terlebih dahulu kerajaan Malaysia perlu berhenti daripada menjadi Lembaga Matawang.

Kerajaan Malasyia telah memberikan notis 18 bulan pada Disember 1964 untuk keluar daripada Lembaga Persuruhjaya Mata Wang Tanah Melayu dan Borneo British. Notis tersebutnya tamat pada 12 Jun 1966  tetapi kerajaan Malaysia kemudiannya meminta tempoh tersebut diubah "kebelakang" mula-mula pada 12 Disember 1966 kemudian kepada 12 Jun 1967. Selepas itu, Bank Negara Malaysia akan menjadi sebagai badan tunggal yang berkuasa mengeluarkan matawang sendiri.

Maka bermulalah pengeluaran matawang Malaysia, semasa dalam proses ini pelbagai perkara perlu dilalui antaranya perjanjian baru dengan Singapura dan Brunei, pembentangan di Parlimen Malaysia dan banyak lagi.

Proses Menyalin Lukisan Awan Larat

Menteri Kewangan Malaysia Menunjukkan Contoh Mata Wang Baru Malaysia


4. Bab Keempat

Kalau nak tahu bagaimana wang dibuat, inilah bab yang anda perlu baca kerana ada menceritakan secara ringkas proses pembuatan duit syiling dan wang kertas. Kita juga dapat tahu kenapa kebanyakkan matawang diperbuat daripada logam-logam seperti emas, perak, tembaga, gangsa nikel, timah dan seumpamanya.

Contoh Duit Syiling Diperbuat Daripada "Plaster of Paris"

5. Bab Kelima

Tukaran wang diceritakan dalam bab ini dimana nilai matawang negara lain dibandingkan dengan nilai wang Malaysia secara ringkas, contoh 100 cent (Amerika Syarikat) : 1 Ringgit (Dollar) 3.06. Senarai tafsiran/Glosari ada disenaraikan dalam bab ini bagi memudahkan kita faham dengan istilah yang digunakan dalam buku ini supaya kita mudah faham.

Buku ini bagi mykoleksi sangat menarik untuk dibaca, walaupun boleh dikatakan fakta dalam buku tersebut sudah "outdated" setidak-tidaknya maklumat yang ada dapat memberikan kita manfaat dan ilmu tambahan dalam dunia hobi numismatik. 

Tandatangan "Hidup" Dato' Hussain Bin Mohd. Noordin Bertarikh 12 Jun 1967

Kebetulan pula mykoleksi dapat buku Sejarah Mata Wang yang ada tandatangan "Hidup" Dato' Hussain Bin Mohd. Noordin bertarikh 12 Jun 1967 yang mykoleksi difahamkan adalah tarikh dimana Bank Negara Malaysia, Singapura dan Brunei masing-masing akan mengeluarkan matawang baru  sendiri seperti yang dinyatakan pada bahagian Pendahuluan buku.

Siapakah Dato' Hussain Bin Mohd. Noordin?

Maklumat yang mykoleksi dapat hasil carian di Google, Dato' Hussein Mohd. Noordin merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Parit, negeri Perak (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Hasil Maklumat Wikipedia

Jika buku ini ditulis semula dengan fakta terkini mykoleksi rasa mesti lagi menarik kerana banyak kisah baru yang perlu dibukukan supaya boleh dijadikan rujukan di masa hadapan. mykoleksi berminat juga untuk memperbaharui buku tersebut dengan maklumat terkini tetapi tidak tahu caranya dan dengan siapa yang mykoleksi perlu jumpa, sesiapa yang ada maklumat boleh maklumkan kepada mykoleksi.

Semoga perkongsian buku pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua, teruskan berkunjung ke blog mykoleksi. In Sha Allah mykoleksi akan update dengan maklumat terkini berkaitan dunia hobi numismatik.  

Ringkasan:

Tajuk: Sejarah Mata Wang
Penulis/Penyunting: Husain Bin Mahmud
Tarikh Dikeluarkan: 1967 (Cetakan Pertama)
Harga: $2.60
Jumlah Mukasurat: 149
Penerbit: Penerbitan Utusan Melayu

Yang minat sejarah matawang,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute