Cari Post lain disini

Monday, November 13, 2023

Terdapat Error/Ralat Pada Duit Syiling 50 Tahun UiTM Ramai Tak Perasan

Gambar Sekitar Majlis Perlancaran

Lama mykoleksi tak menulis berkenaan matawang, hari ni mykoleksi ingin berkongsi satu error/ralat yang terdapat pada duit syiling  ulang tahun ke-50 UiTM yang mungkin ramai belum tahu.

Sebagai salah seorang Alumni UiTM mykoleksi berbangga yang UiTM ada mengeluarkan duit syiling khas yang boleh disimpan sebagai koleksi dan kenangan, memang mykoleksi tak lepaskan peluang untuk jadikannya sebagai salah satu koleksi selain koleksi UiTM yang lain.

Ralat apa yang terdapat pada duit syiling UiTM tersebut?

Sebelum tu mari kita imbau kembali kisah duit syiling UiTM, rasanya ramai yang tak tau sebab selalunya orang akan sembang bab berapa harga boleh jual saja. Maklumlah ada sesetengah pihak yang terjun ke dunia hobi numismatik ni fikir nak cepat kaya saja, lain-lain perkara tak nak ambil tahu.

Kita sambung kembali, duit syiling UiTM ini dilancarkan oleh Po-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Sulaiman Hj. Daud pada jamuan makan tengah hari 9 November 2006. mykoleksi ketika ini baru saja tamat pengajian Bsc (Hons) dan baru mula kerja dalam bidang "network security".

Bahagian Depan "Coin Card" Duit Syiling UiTM

Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama, perkataan "Universiti Teknologi Mara" diukir dengan tulisan rumi di kedudukan atas dan tulisan khat Nasakh di kedudukan bawah syiling.

Manakala dibahagian belakang pula memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di kedudukan atas, 7 biji manik di sisi kanan dan kiri pula manggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia.

Bahagian Belakang Duit Syiling UiTM

Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan dinkedudukan bawah duit syiling, punya la panjang mykoleksi tulis tapi dimanakah ralat yang nak diceritakan tu? Takkan nak scam anda pula kan.

Spesifikasi Teknikal & Jumlah Tempaan Duit Syiling UiTM

Relax, dah tahu kisah duit syiling UiTM barulah mudah sikit mykoleksi nak cerita pasal ralat. Jika anda perhatikan betul-betul pada perkataan "Universiti Teknologi Mara", kesilapan apakah yang anda nampak?

Kesilapan Ukiran Perkataan "Mara" Sepatutnya "MARA"

Anda boleh rujuk gambar supaya lebih jelas, sepatutnya bukan perkataan "Mara" tersebut digunakan kerana ianya membawa maksud yang sangat berlainan. Mari kita sama-sama rujuk Kamus Dewan, mykoleksi ada Kamus Dewan edisi ke-4.
  1. "Mara" - mara II bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju.....
  2. "MARA" - akronim bagi Majlis Amanah Rakyat.....
Rujukan Pada Kamus Dewan Edisi Ke-4

Susah sikit bak buat pindaan apabila sudah mendapat kelulusan dan persetujuan, duit syiling pula mungkin sudah ditempa, kesilapan tersebut hanya disedari apabila semua sudah tersedia.

Rujukan Dari Laman Sesawang Rasmi UiTM

Perkataan yang sepatutnya diukir bagi menggantikan "Universiti Teknologi Mara" adalah "Universiti Teknologi MARA", terima kasih kepada ex-Master Designer The Royal Mint Malaysia En. Ismail Ibrahim diatas infomasi.

Banyak lagi koleksi cerita misteri yang mykoleksi berjaya korek dengan beliau, nanti mykoleksi akan ceritakan satu persatu jika beliau benarkan. Sebenarnya mykoleksi ada bincangkan projek dengan beliau, nak mula tu yang tak tahu lagi bila.

Ni kira teaser dulu la.

Yang ex-UiTM,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute