Cari Post lain disini

Friday, October 24, 2008

PM lancar duit syiling peringatan




DR. Mahathir Mohamad menurunkan tandatangan di atas Sampul Surat Hari Pertama sempena Sidang Kemuncak NAM Ke-13 selepas merasmikannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 6 Feb. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan duit syiling peringatan, setem dan sampul surat hari pertama serta buku Program Kerjasama Teknik Malaysia (PKTM) Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-13.
Majlis pelancaran peringatan khas sempena sidang kemuncak NAM pada 20 hingga 25 Februari itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Barangan cenderamata yang dilancarkan itu adalah hasil kerjasama antara Bank Negara Malaysia, Royal Mint Malaysia, Pos Malaysia dan Kementerian Luar Negeri.
Buku PKTM terbitan edisi baru itu pula di keluaran oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Duit-duit syiling peringatan NAM itu dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu emas peruf dengan harga muka RM100, perak peruf (RM10) dan emas Nordic kilatan istimewa (RM1).
Kesemua syiling itu dimuatkan dengan logo rasmi sidang kemuncak NAM di bahagian mukanya manakala di sebelah belakang ialah bangunan Parlimen masing-masing dijual pada harga RM888, RM128 dan RM8.
Jumlah syiling yang dikeluarkan juga terhad iaitu emas peruf sebanyak 300 keping, perak peruf 2,400 keping dan emas Nordic sebanyak 9,400 keping.
Bagi setem pos kenangan pula sebanyak 2 juta keping dikeluarkan bagi setem berharga 30 sen satu juta keping setem 50 sen dengan gambaran peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di dalam negara dan di peringkat antarabangsa sebagai peringatan.
Sampul surat hari pertama pula dikeluarkan sebanyak 80,000 keping manakala foldernya sebanyak 1,000 keping.
Sementara buku PKTM pula memuatkan latar belakang kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang serta maklumat bagaimana hendak menghubungi dan mendapatkan latihan di negara ini untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Buku itu akan diedarkan kepada delegasi negara-negara anggota NAM semasa sidang kemuncak itu berlangsung nanti.


No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute