Cari Post lain disini

Sunday, October 2, 2011

Pak Cik Yaacob Ahmad Sekali Lagi Masuk "Paper"

Sajalah nak share cerita Pak Cik Yaacob yang dah 2 kali masuk "paper", sebelum ni aku ada postkan satu tajuk hasil "Copy and Paste" dari Akhbar Utusan Malaysia Online, 03 September 2011. Nak dijadikan cerita, pada 20 September lepas sekali lagi aku jumpa cerita pasal Pak Cik Yaacob tapi kali ni dalam Akhbar Kosmo. Bila aku baca cerita yang ditulis dalam Akhbar Kosmo dan aku compare pula dengan yang ditulis dalam Akhbar Utusan Malaysia, ceritanya adalah lebih kurang sama.........tajuknya pun lebih kurang sama iaitu Pak Cik Yaakob memiliki/simpan syiling yang berusia 128 tahun. kalau anda nak baca, sila rujuk keratan Akhbar dibawah;

Akhbar Kosmo 20 September 2011

Kalau kita tengok betul-betul, gambar yang dgunakan dalam Akhbar Kosmo diatas adalah sama seperti yang digunakan dalam Akhbar Utusan Malaysia dibawah, cuma posisi gambar diambil saja berbeza;
Akhbar Utusan Malaysia Online, 3 September 2011

Anda semua jangan salah faham, aku tulis tajuk ni bukan sebab jelous dengan Pak Cik Yaacob.....tak jelous langsung tapi sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada Akhbar Kosmo kerana keluarkan sekali lagi cerita Pak Cik Yaacob, jadi bolehlah aku simpan Keratan Akhbar tersebut untuk rujukan dan juga jadikannya sebagai koleksi peribadi...hehehe

Note: Akhbar Utusan Malaysia dan Akbar Kosmo sebenarnya adalah dibawah satu bumbung iaitu KUMPUAN UTUSAN

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute