Ada aku baca dan dengar yang 1 stack RM1 ZB yang kalau ada 3 x 0 (000xxxxx) boleh mencecah beribu ringgit, betulkah? Aku ni tak tau sangat pasal harga-harga wang kertas/polimer dan duit syiling yang ada dalam pasaran sekarang, maklumlah......aku masih baru dalam bidang Numismatik. Kalau betul wang kertas RM1 ZB harganya tinggi, kayalah siapa yang memilikinya. Dari cerita yang aku dengar, ada sorang dua "collector" sahaja yang memiliki dan simpan 1 stack RM1 ZB....untunglah dia tu.
Kalau siapa-siapa ada mendengar aku menyimpan RM1 tersebut 1 stack, itu hanyalah khabar angin yang bertiup kencang.......TIPU :D. Aku adalah insan biasa yang tak punya apa-apa.....tapi kalau ada pun hasil dari pemberian BANK masa my-koleksi tukar duit Raya Puasa yang lepas dan ianya akan disimpan untuk dijadikan semangat........silap IBU DUIT. Nak tengok gambar? Tak payahlah.....nanti orang kata nak bangga pula. Nak tengok juga.....OK, aku letak yang dah pecah stack tapi ada 2 x 0.....boleh la buat halua mata.
Gambar diatas, bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk ala MLM....tapi ni lebihan duit raya yang aku bagi masa Raya Puasa lepas. Untunglah siapa yang datang rumah aku di kampung, mungkin ada yang dah jual duit tu di ebay, mudah atau facebook.
Raya Haji (Aidil Adha) nanti my-koleksi tak bagi duit raya tapi buat kenduri...jadi, minta maaflah ye....duit raya tak ada
Nasihat aku,siapa yang ada RM1 ZB 3 x 0 atau 4 x 0 atau 5 x 0 atau 6 x 0, sila jual dengan segera sebelum aku bertukar menjadi seorang PENJUAL pula....takut ada yang tak boleh cari makan pula nanti :D
Bagaimana pula dengan RM1 Polimer ZA dan ZC? mahal juga ke? tolonglah lah bagi tau aku........:D
Rasa nak lepak lagi di kedai mamak belakang Up Town Shah Alam tu :D
Bagaimana pula dengan RM1 Polimer ZA dan ZC? mahal juga ke? tolonglah lah bagi tau aku........:D
Rasa nak lepak lagi di kedai mamak belakang Up Town Shah Alam tu :D
1 comment:
salam bro.saya baru lagi dlm koleksi ni.ada 2 soalan..
1. kenapa ZB tu rare berbanding yg lain?
2.siri AAA dikatakan rare kerana ada 3 prefix..tp ada je rm1 yg ada 3 prefix cthnya AGBXXX..sekian
Post a Comment