Aku tabik spring dengan Raja Ibrahim dan En Adnan kerana sanggup menghabiskan lebih RM500,000 untuk memenuhi hobi mengumpul duit lama dari Zaman Kesultanan Melayu Lama. Ini baru boleh dikatakan pengumpul tegar, bila baca artikal tersebut....aku merasa amat tercabar dengan kesungguhan mereka berdua, rupanya aku belum cukup tegar dalam merealisasikan Hobi aku sebagai seorang Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia, jauh lagi perjalanan aku untuk menuju kearah matawang Zaman Kesultanan Melayu Lama.
Tak pa...."Usaha Tangga Kejayaan", In Sha Allah.....suatu masa nanti aku akan berjaya mengumpul dan melengkapkan koleksi Zaman Kesultanan Melayu Lama pula. Sekarang, aku masih fokus untuk melengkapkan koleksi Matawang Lama dan Baru Malaysia termasuk Syiling Peringatan dan Medallion....:D. Satu lagi kita mesti ikut kemampuan diri sendiri, bukan mengikut orang lain. Bila dah set "Target", barulah kita senang untuk bergerak untuk merealisasikannya.
Mana aku nak cari modal RM500,000? silap-silap hari bulan........10 tahun lagi, mau cecah 1 juta modal untuk aku lengkapkan koleksi matawang Zaman Kesultanan Melayu Lama. Apa-apa pun aku ucapkan Tahniah kepada Raja Ibrahim dan En. Adnan diatas kesungguhan mereka. Nampaknya sekarang Hobi berkaitan Numismatik di Malaysia semakin berkembang denga pantas. Dulu masa mula-mula aku wujudkan blog my-koleksi pada tahun 2008, hobi berkaitan Numismatik boleh dianggap "suam-suam kuku" sahaja kerana pendedahan yang sangat kurang....nak dapat info masa tu pun susah, macam-macam keyword aku guna di "GOOGLE" untuk dapatkan info.....ada jumpa info tapi tak banyak macam sekarang. Masa tu pun, blog-blog yang memberi info berkaitan hobi berkaitan Numismatik pun rasanya belum ada lagi, mungkin minat golongan muda masa tu belum terbuka untuk menceburi Hobi berkaitan Numismatik......yang ada cuma "Otai-otai". Kalau nak dapat info dari "Otai-otai", kenalah pergi jumpa dan lepak-lepak sambil bertanya maklumat yang kita ingin tahu.....begitulah Alkisahnya lebih kurang 7 tahun yang lalu :D
Keratan Akhbar Kosmo, 25 Mei 2014
Raja Ibrahim saya penah jumpa dan berbual masa "Auction" di Muzium Negara (kalau tak salah aku) suatu masa dulu tetapi En. Adnan saya belum penah jumpa, harapan saya suatu hari nanti saya boleh berjumpa mereka berdua dan berbual panjang kerana banyak benda yang aku nak tanya dengan "Otai" berdua.
Note: Aku bukan melalut untuk topik ni tetapi aku inginkan sama-sama kita fikir
No comments:
Post a Comment