Pada kali ini mykoleksi tertarik untuk menulis berkenaan lelongan matawang lama dan baru BNM yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers, 'Seventh Auction of Malaysia Banknotes With Special Serial Numbers (4th Series). Pada lelongan kali mykoleksi tertarik dengan lelongan Wang Kertas Peringatan baru (RM60, RM60 bercantum 3 dan RM600) dan Syiling Peringatan Yang Di-pertuan Agong XV, untuk maklumat lanjut ada boleh rujuk dibawah:
- Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
- Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
Seperti yang kita tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melantik MNP Actioneers untuk menjalankan lelongan wang kertas dengan nombor siri menarik (siri ke-4), ini merupakan kali ke-7 MNP Actioneers menjalankan lelongan wang kertas bernombor siri menarik dan kali pertama untuk duit syiling peringatan.
Dalam acara lelongan kali ini, terdapat 150 lot seperti yang terdapat dalam buku/katalog lelongan yang disediakan oleh MNP
Maklumat berkenaan Lelongan MNP ke-7:
Tarikh: 10 Mac 2018 (Sabtu)
Sesi:
- Sesi 1 (10.30am) - Wang Kertas Peringatan dan Syiling Emas Peringatan
- Sesi 2 (12.30pm) Wang Kertas/Polimer (mykoleksi tambah) Malaysia RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100
Rujukan Lot:
Pendaftaran:
8.30am (Pendaftaran akan tamat diantara 10.00am dan 1030am)
Maluamat lain boleh rujuk dibawah:
Maklumat Lelongan
Bagi yang tidak dapat hadir ke Sasana Kijang, anda juga boleh membuat membida dalam lelongan ini secara atas tailan (online) di best2bid.com
Menurut MNP Auctioneer, semua bayaran mestilah menggunakan kad debit/kredit (Surcharge 2.5%) atau bayaran pindahan melalui atas talian (Online Transfer).
Berdasarkan semakan yang dibuat oleh mykoleksi pada katelog lelongan, nampak seperti ada maklumat yang tidak lengkap pada bahagian 'Lot Reference'. Jadi, mykoleksi ada membuat sedikit penambahbaikan untuk maklumat tersebut beserta pecahan kecil mengikut kategori supaya memudahkan kita untuk membuat bidaan nanti.
Rujukan Lot Lelongan
Selain itu, mykoleksi juga mendapati yang gambar duit syiling agong XV mengikut nombor siri 'certificate' tidak dimasukkan sekali didalam ketalog yang boleh di muat turun secara dalam talian: Ketalog Lelongan MNP Ke-7 tapi untuk bidaan secara 'online' ada.
Pandangan mykoleksi, MNP Auctioneer tidak seharusnya memikirkan langkah penjimatan sahaja dalam penyediaan katelog lelongan. Bagi 'collector' seperti mykoleksi, kami lebih suka meyimpan katelog yang dibuat dalam salinan keras (hardcopy) berbanding dengan yang dalam bentuk salinan lembut (softcopy) sebagai rujukan dimasa hadapan :D
mykoleksi difahamkan, katelog lelongan tersebut hanya diberi kepada mereka yang berdaftar sahaja untuk lelongan sahaja, betul tak?
Anda harus tahu, kepuasan bakal pelanggan/pembida mesti diutamakan dan usah 'kemut' sangat dalam menyediakan bahan lelongan kerana setiap pelaburan kecil yang anda buat sekarang pasti ada keuntungan yang besar nanti.
Sekirannya ianya tidak menguntungkan, takkan lah MNP Auctineer boleh meneruskan lelongan BNM sehingga kali ke-7?
Sekian,
Yang tak pernah buat bidaan di Sasana Kijang;
mykoleksi

No comments:
Post a Comment