Semalam (28 Februari 2018) merupakan hari terakhir untuk kita mengambil wang kertas dan duit syiling peringatan keluaraan Bank Negara Malaysia (BNM) yang kita telah tempah secara 'online' di lokasi pilihan kita. Bagi pelanggan/pembeli yang menempah tetapi tidak berjaya sebelum ini, anda masih berpeluang untuk mendapatkannya melalui peluang kedua.
Senarai wang kertas dan duit syiling peringatan BNM adalah seperti dibawah:
- Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV
- Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
- Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia
Memandangkan ada pelanggan/pembeli yang berjaya tetapi tidak dapat hadir mengambil tempahan tersebut. Jadi, pelanggan/pembeli yang tersenarai atau berjaya dalam senarai simpanan undian berpeluang untuk mendapatkan koleksi yang masih ada atau tidak dibeli.
BNM tidak memaklumkan secara terperinci berkaitan butiran wang kertas dan duit syiling peringatan yang masih berbaki mengikut kuota untuk jualan kepada orang awam.
Anda boleh membuat semakkan di 'website' duit.bnm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Pengambilan tempahan wang peringatan telah ditutup. Wang peringatan yang tidak diambil akan ditawarkan kepada pembeli yang berjaya dalam senarai simpanan undian. Pembeli yang berjaya akan dimaklumkan melalui pesanan SMS dari 2 hingga 22 Mac 2018. Terima kasih.
The collection for commemorative currency orders is closed. Uncollected items will be offered to successful buyers on the ballot reserve list. Successful buyers will be notified via SMS between 2 to 22 March 2018. Thank you.
Pengumuman dalam 'website' duit.bnm.gov.my
In Sha Allah.....bagi yang berjaya, nanti anda akan terima SMS daripada BNM.
Sumber asal: duit.bnm.gov.my
No comments:
Post a Comment