Cari Post lain disini

Friday, October 29, 2021

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ke-50

Embargo : Untuk siaran segera

28 Okt 2021

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ke-50.

Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Malaysia ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf)

Duit syiling yang diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 ini mempunyai berat 31 gram setiap satu. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dengan harga jualan RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

2. Duit Syiling Peringtatan Emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling yang diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain ini mempunyai berat 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dengan harga jualan RM13.20 sekeping. Sejumlah 10,000 keping telah ditempa.

Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia berkata, “Kami berbesar hati mengeluarkan duit syiling peringatan dengan rekaan yang menarik ini bagi meraikan ulang tahun jubli emas PERKESO. Reka bentuk yang unik ini mencerminkan dan meraikan sumbangan khidmat dan dedikasi PERKESO yang berterusan kepada semua individu yang mendapat perlindungan PERKESO.”

Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Bahagian Hadapan

Tulisan “SAMBUTAN JUBLI EMAS PERKESO” dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, manakala tema sambutan “PRIHATIN LIMA DEKAD DAN SELAMANYA” pula dipaparkan pada sisi bahagian bawahnya. Bahagian tengah duit syiling memaparkan imej payung terbuka dari pandangan atas dengan 50 figura monogram yang diolah daripada logo rasmi PERKESO, yang melambangkan 50 tahun sumbangan PERKESO dalam memberikan perlindungan kepada rakyat.

Bahagian Belakang

Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, disusuli oleh logo rasmi sambutan PERKESO50 pada bahagian tengah dengan latar belakang reka bentuk gelombang tiga dimensi. Nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT pula masing-masing dipaparkan pada sisi bahagian bawah duit syiling.

Terdapat juga duit syiling peringatan set dua dalam satu untuk jualan. Set ini berharga RM308 termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling emas Nordic pruf. Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian. Butiran terperinci mengenai kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Jualan duit syiling peringatan

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nodic (B.U). Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan. Maklumat lanjut tentang pesanan, pembayaran dan penghantaran akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui pengumuman menerusi laman web BNM pada 17 November 2021.

Lampiran I – Spesifikasi Teknikal

Nota: Harga yang dinyatakan di atas termasuk 10% SST

Bank Negara Malaysia

28 Okt 2021 

Sumber: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute