Cari Post lain disini

Thursday, January 19, 2023

Yayasan Kepimpinan Perdana

Pintu Masuk Ke Yayasan Kepimpinan Perdana

Hari ni mykoleksi berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), ada sedikit urusan tertangguh yang perlu diselesaikan. Sepatutnya mykoleksi ke YKP pada bulan 12 tahun lepas, ini bukan kali pertama mykoleksi ke YKP.

Ingat tadi selepas setel urusan, nak juga mykoleksi berjumpa Tun M. Tu pun kalau beliau tak sibuk atau terserempak di lobi sebelum beliau pulang untuk makan tengahari.

Syok juga lepak di perpustakaan YKP, banyak buku-buku menarik yang ada di sana untuk rujukan. Boleh rujuk gambar, ada beberapa koleksi buku yang menarik sempat mykoleksi ambil gambar.



Keadaan Dalam Perpustakaan di Yayasan Kepimpinan Perdana

Suasana pun tenang, memang sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ulangkaji atau menulis. In sha Allah nanti mykoleksi akan ke YKP lagi, boleh explore lagi perpustakaan YKP sebab ada bahagian yang lagi menarik yang mykoleksi tak sempat nak pergi tadi.

Bersih, Cekap & Amanah

Ada satu gambar yang mykoleksi suka bila ke YKP iaitu gambar Tun M yang ada tertulis "BERSIH, CEKAP, AMANAH". Bila mykoleksi ke sana, mykoleksi akan bergambar kenangan sebelah gambar tu (kalau pergi berdua la). Kebetulan tadi mykoleksi pergi dengan wife, boleh la minta dia tolong ambilkan gambar.

Dapat Sumbangan Buku dari YKP

Terima kasih kepada staff YKP diatas sumbangan buku untuk perpustakaan mykoleksi.

Yang ke YKP,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute