Itulah tajuk yang diberikan untuk satu artikel yang ada dalam majalah Pro Dagang PKNS, mykoleksi tak menyangka yang Personaliti Usahawan PKNS Uptown kali ini ada saudara En. rosli atau dikalangan peminat dunia hobi numismatik di kenali sebagai Che Lie.
Sebenarnya sebelum Che Lee Lie Lie dikenali dengan bama tersebut oleh geng numismatik, terdahulu ianya dikenali dengan nama Mr. Ri. Siapa yang tak tahu nama ni boleh dikira ianya masih baru berkenalan dengan Che Lie, nak tau kisah Che Lie dan kenapa beliau dipanggil Tok Moh anda boleh kliknpautan dibawah
Berbalik kepada artikel tadi, maklumat yang ditulis di dalam ni rasanya perkara biasa yang dikongsikan bila sesorang ahli dan peniaga numismatik iaitu matawang paling berharga, disayangi, hobi yang menjana pendapatan dan bahan rujukan.
Cuma dalam ini ada disentuh oleh Che Lie berkenaan Kursus Diploma Numismatik yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), beliau merupakan kelompok Alumni pertama kursus tersebut.
Bukan sebarangan orang dapat keluar kisah dimajalah, mesti Che Lie ada sesuatu yang spesial sehinggakan beliau terpilih menjadi Personaliti Ushawan dalam majalah Pro Dagabg PKNS Bil 56 2016.
Apa-apa pun mykoleksi lihat Che Lie adalah seorang peniaga dunia hobi numismatik yang terbaik dan konsistan dengan peniagaan dan minatnya, betullah apa yang ditulis dalam artikel pada kali ini.
Nak tahu cerita lebih lanjut, anda boleh baca sendiri dengan merujuk pada gambar yang mykoleksi kongsikan.
Adakah anda perasan gambar siapa bersama Che Lie?
Yang kenai Che Lie,
mykoleksi
No comments:
Post a Comment