Lama mykoleksi tak berkongsi koleksi numismatik, asyik menulis saja di blog dan Facebook. Nanti orang ingat mykoleksi suka sembang saja lebih, dalam dunia hobi numismatik untuk menjadi collector tak perlu nak jadi "pak turut".
Dah banyak kali mykoleksi sebut pasal "pak turut", anda hanya perlu kumpul atau simpan mengikut kemanpuan keperluan dan budget. Kalau anda nak tahu, tak semua koleksi yang mykoleksi simpan berada dalam keadaan baik atau macam kondisi baru (UNC).
Ada koleksi yang mykoleksi simpan dalam keadaan biasa, simpan dulu kemudian kalau dapat yang lagi elok baru fikir samada nak simpan semua atau jual buat modal. Biasanya mykoleksi memilih untuk simpan semua, tak jual.
Tak percaya yang mykoleksi simpan item numismatik yang kondisi biasa? Contoh anda boleh rujuk gambar wang kertas gantian RM siri ke-2 (1972-1976) Z/2 dan Z/3. Kondisi macam tu ramai collector tak berminat nak simpan, dealer pun akan jual dengan harga mampu milik (ikut nasib).
Rasanya dah lebih 10 tahun mykoleksi beli wang kertas RM10 tu, beli pula secara ansuran. Maklumlah budget kecil tapi nak beli juga untuk koleksi (bagi ada), itulah secebis kenangan yang boleh dijadikan pengalaman manis mykoleksi dalam dunia hobi numismatik yang penuh dengan pancaroba dan scalper.
Apa yang mykoleksi boleh katakan disini, anda tak perlu malu nak tunjuk atau simpan koleksi numismatik yang kondisi biasa asalkan anda betul-betul minat dan tahu apa yang disimpan sebagai koleksi.
Anda perlu malu sekiranya hanya berlagak atau menunjuk-nunjuk koleksi yang bukan milik anda, lepas tu mengaku koleksi sendiri sebab nak suruh orang kata anda hebat.
Yang ada koleksi biasa,
mykoleksi
No comments:
Post a Comment