Cari Post lain disini

Wednesday, May 28, 2008

Wang Kertas RM1 First Prefix AA R/N

Sebagai seorang collector, perkara yang penting dalam mengumpul wang kertas baru/lama adalah wang kertas keluaran pertama kerana bernilai tinggi (ini adalah pendapat aku sebab aku suka wang kertas keluaran pertama/first prefix). Nilai Wang kertas Keluaran pertama atau "First Prefix" bergantung kepada pelbagai faktor, sebagai contoh no. siri........ kalau no. sirinya cantik, harga boleh melambung tinggi. Dibawah ini adalah RM1 keluaran siri ke-11 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan cetakkannya pada tahun 2000. Nombor siri bermula dengan AAxxxxxxx.



AA1879312



AA1879313

*Note: R/N bermaksud "Running Number"

Monday, May 26, 2008

Wang/duit kertas "RADAR number"

Mengumpul wang kertas lama atau baru ada seninya yang tersendiri, diantara yang diminati oleh ramai "collector" adalah mengumpul wang kertas yang menpunyai no siri yang cantik dan menarik sebagai contoh AA4444444, AA00000001, AA1111222 atau AA1234321. Sebenarnya banyak lagi kategori wang kertas yang menarik......banyak kalau nak senaraikan disini, nanti aku cuba senaraikan. Ini adalah sebahagian koleksi wang kertas aku yang mempunyai nombor siri menarik dan dikenali sebagai "RADAR number".



no sirinya SA9275729



no sirinya CB1013101

Sunday, May 25, 2008

Wang Kertas RM5 Siri ke-5 1982-1984

Wang kertas RM5 dikeluarkan pada tahun 1982-1984 dimana ianya ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha. Saiz RM5 adalah 126mmx68mm, dicetak oleh Thomas De LaRue. Wang kertas gantian untuk RM5 tersebut sirinya bermula dengan NZxxxxxxx dan susah untuk mendapatkannya, sekiranya ada....harga bagi wang gantian ini adalah sangat tinggi sehingga tidak dapat dijangka.




Anak panah merah yang menunjukkan lambang salib yang diletakkan pada tiang bendera Istana Negara, First Prefix RM5 sirinya bermula dengan NAxxxxxxx dan Last Prefix NDxxxxxxx

Friday, May 23, 2008

Awas wang kertas RM100 palsu


MICHEAL Chong memegang dua wang kertas RM100 yang mana kiri merupakan wang palsu menyerupai wang tulen di sebelah kanan di pejabatnya semalam.


KUALA LUMPUR - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.

Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.

"Paling terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang peniaga buah tertipu dengan wang RM100 yang diberi oleh sepasang suami isteri minggu lalu,'' katanya kepada pemberita di Wisma MCA semalam.

Kata Micheal Chong, mangsa yang dikenali sebagai Lohman, 53, yang berniaga di Jalan Klang Lama, telah menerima kunjungan sepasang suami isteri yang membeli buah-buahan di kedainya.

Bagaimanapun apabila diberikan RM100, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengambil wang itu tanpa banyak bicara.

Sumber: Kosmo! Online, 23 May 2008

Check RM100 notes for fakes

PETALING JAYA: Check your RM100 and RM50 notes, folks! Hold each note up to the light and if you can't see the first King's watermark portrait, it’s a fake.

Fruit vendor Loh Man, 53, discovered three days after a couple bought RM15 worth of fruits at his stall in Old Klang Road that the RM100 note they used to buy the fruits with was counterfeit.

Loh Man realised something was amiss when the colour on the note started to fade and the watermark of the King was missing when the note was held up to the light.


1) The security thread on a real note is embedded in the bill and appears on the reverse side of the note as a silver dotted line. When the note is held up against light, it is seen as a continuous dark line and the repeated text 'BNMRM100' can be read. This feature is missing on the counterfeit note, where the 'security thread' appears as a silver dotted line.

2) No raised Braille feature on the counterfeit note.

3) The holographic design on the LEADA (Long-lasting Economical Anti-copy Device) strip represents the same motif as used in the purple patch as well as the text 'BNMRM100'. The colour of these elements change when the viewing angle is changed. The counterfeit note features just a silver thread with a floral pattern.

4) The portrait of the first King on the right of the real note is raised (Intaglio Print). This effect is missing on the fake note.

5) Watermark portrait of the first King is missing in the counterfeit note. The numeral 100 watermark at the base of the King's watermark is also missing.

He sought the help of MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Michael Chong who said this was the first RM100 fake note he had come across. He said he had been previously alerted of RM50 fake notes.

“Just hold the notes up to the light and check,” he advised the public at a press conference.

“The watermark portrait can be seen easily. At the base of the watermark, the numeral 100 is clearly visible in a real note but absent in counterfeit ones,” he said, adding that fake notes were also deeper in colour.

To demonstrate how easy it was to pass off the RM100 fake note as the real thing, Chong and a few reporters tested them out on merchants, who thought the notes to be real.

“I am very surprised that I managed to get through five merchants without being detected,” Chong said, adding that one trader took a close look at the note but still did not suspect anything.

Chong said he had seen a number of fake RM50 notes but claimed that Loh's fake RM100 note was more sophisticated.

”I will bring the matter up to Bank Negara,” he said.

Sumber: The Star, 23 may 2008

Thursday, May 22, 2008

Wang Kertas RM10 "Replacement note"

Wang kertas RM10 ini merupakan wang gantian untuk RM10 yang rosak, kotor, salah cetak, cacat atau seumpamanya. RM10 ini mempunyai ciri-ciri keselamatan baru "new silver security thread", keluarannya bermula pada tahun 2004 hinggalah sekarang. Ditandatangani oleh gabenor Bank Negara malaysia (BNM) yang ke-7 iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

RM10 gantian (ZA6332813), digredkan sebagai F (Fine)

RM10 gantian (ZB0861177), digredkan sebagai VF (VeryFine)

Note: kotak biru menunjukkan "new silver security thread"

Monday, May 19, 2008

Intel Pentium D

Pernah tengok key chain Intel Pentium D, ianya adalah antara koleksi key chain yang paling aku sayang. Lawa tak??


Saturday, May 17, 2008

Straits Settlements King Edward VII (1901-1910)

Syiling lama ini adalah Straits Settlements King Edward VII (1901-1910), 1 cent bronze. Kalau aku nak jual kedua-dua syiling dengan RM150 setiap satu ada siapa-siapa nak beli?? hehehehe.



Mintage - 5,015,044
Weight - 9.33g
Diameter - 29mm
Edge - milled



Mintage - inc in 1907
Weight - 9.33g
Diameter - 29mm
Edge - milled

Rujukan: Malaysia Banknotes and Coins

Wang Kertas RM50 Palsu

Salam kembali, dah 2 minggu blog ni tidak di "update" dan email pun tidak dibaca. huhuhuhu..... banyak sungguh email dalam "inbox" aku, posting kali ini aku rasa sangat menarik dan patut dikongsi bersama, aku memperolehi bahan ini dari email yahoogroups yang aku join. Ianya adalah berkaitan dengan RM50 palsu, sememangnya selama ini aku mendengar tentang RM50 palsu dari kawan-kawan "collector". Sebelum ini aku hanya mendengar yang wang kertas RM50 palsu ni no. sirinya bermula dengan XX530XXXX sekarang baru terbukti betul setelah aku melihat gambar dari email yang aku terima tetapi bukan 100% aku percaya sebab tiada bukti sahih dari mana-mana agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia (BNM). Penghasilannya ternyata begitu teliti sehinggakan mata kasar kita tidak dapat membezakan kepalsuannya. Aku berharap kepada pembaca blog, supaya lepas ini lebih "ALERT" sikit dalam urusan jual beli atau apa urusan yang melibatkan RM50 khasnya. First sekali check no. sirinya, kalau bermula dengan XX530XXXX tu ianya mungkin wang palsu. Aku pun bukannya tahu sangat pasal duit palsu ni tapi cuma penah dengar sahaja, jumpa tu belum lagi tetapi kalau jumpa mungkin aku simpan sebagai koleksi....hehehehe. Kalau ada yang aku tersalah tulis atau nak tambah sesuatu, sila tinggalkan diruangan komen. Sharing is Caring kan??




Wang RM50 palsu, dari info yang aku dapat no sirinya bermula dengan XX530XXXX

















Sumber: yahoogroups email

Friday, May 2, 2008

Wang Kertas RM10 7th Series 1995 - 1998

Wang kertas RM10 7th ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don, Rm10 ini dikeluarkan di 2 tempat yang berbeza iaitu Francois Charles Oberthur dan Giesecke & Devrient. Wang gantian untuk RM10 bagi keluaran 7th ini sirinya bermula dengan QA (printer Giesecke & Devrient), siapa ada wang gantian untuk RM10 7th??

RM10 printer Francois Charles Oberthur

RM10 printer Giesecke & Devrient

Sama tapi tidak serupa tempat keluaran

Rujukan: Malaysia Banknotes and Coins

Thursday, May 1, 2008

Last day dan Cuti Hari Pekerja

Hari ni last day aku seorang pekerja S*** A********* Berhad, terima kasih aku ucapkan kepada semua warga S*** terutamanya kepada management Team, Group Members dan ex-boss di MSS-HQ/MSS-P***** serta semua staff yang banyak memberi peluang/tunjuk ajar/nasihat kepada aku sepanjang 2 tahun berkhidmat. Banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui yang mengajar aku menjadi lebih matang dan juga sebagai pemangkin semangat untuk aku terus maju.

Selamat Hari Pekerja 2008


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute