Salam kembali, dah 2 minggu blog ni tidak di "update" dan email pun tidak dibaca. huhuhuhu..... banyak sungguh email dalam "inbox" aku, posting kali ini aku rasa sangat menarik dan patut dikongsi bersama, aku memperolehi bahan ini dari email yahoogroups yang aku join. Ianya adalah berkaitan dengan RM50 palsu, sememangnya selama ini aku mendengar tentang RM50 palsu dari kawan-kawan "collector". Sebelum ini aku hanya mendengar yang wang kertas RM50 palsu ni no. sirinya bermula dengan XX530XXXX sekarang baru terbukti betul setelah aku melihat gambar dari email yang aku terima tetapi bukan 100% aku percaya sebab tiada bukti sahih dari mana-mana agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia (BNM). Penghasilannya ternyata begitu teliti sehinggakan mata kasar kita tidak dapat membezakan kepalsuannya. Aku berharap kepada pembaca blog, supaya lepas ini lebih "ALERT" sikit dalam urusan jual beli atau apa urusan yang melibatkan RM50 khasnya. First sekali check no. sirinya, kalau bermula dengan XX530XXXX tu ianya mungkin wang palsu. Aku pun bukannya tahu sangat pasal duit palsu ni tapi cuma penah dengar sahaja, jumpa tu belum lagi tetapi kalau jumpa mungkin aku simpan sebagai koleksi....hehehehe. Kalau ada yang aku tersalah tulis atau nak tambah sesuatu, sila tinggalkan diruangan komen. Sharing is Caring kan??
Wang RM50 palsu, dari info yang aku dapat no sirinya bermula dengan XX530XXXX
Sumber: yahoogroups email
1 comment:
i have one of this kind, RM50 fake. Got it from USM-Penang.
Check it out at:
http://alephprime.blogspot.com/2008/01/fake-bank-note-malaysia-rm50.html
Thanks.
Post a Comment