Gambar/potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang pertama
Aku rasa ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong). Setelah baginda mangkat, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah menggantikan tempat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke dua. Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang;
- Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
- Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
- Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
- Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975
- Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
- Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
- Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989
- Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
- Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
- Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-
Sumber:
5 comments:
Salam Bro,
Sry, ada pembetulan sket dlm artikel bro. Negeri Sembilan tak guna Sultan sbg gelaran pemerintah dia. Mereka gunakan Yang Di-Pertuan Besar.
:)
btul tu. Lepas ado soalan tu masa interview ari tu, baru terfikir nak amik tau siapa gerangan orangnya..
Good info.
Saya cari info ni untuk latihan sekolah tahun 4 anak :)
terima kasih atas info brader..........byk mamfaatnya..
maklumat yang berguna... teruskan perjuangan tuan
Post a Comment