Depan
Belakang
Syiling 10 sen Straits Settlements Queen Victoria ini berusia 112 tahun, dikeluarkan sebanyak 2,255,540. Susah nak dapat sekarang, kalau dapat pun harganya tinggi RM??...aku nasihatkan kepada rakan-rakan "collector" supaya jangan mencuci/polish syiling lama atau baru kerana harganya menurun. Pelbagai cara digunakan untuk mencuci/polish syiling, tetapi saya tidak akan menceritakan caranya. Nanti takut disalah gunakan oleh orang lain :D
note: hanya orang lama saja dapat mengecam syiling-syiling yang sudah dicuci/polish.
3 comments:
tahniah mykoleksi, memang koleksi yang superb dan bernilai.
Buat newbie dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini. Ikuat saranan mykoleksi -"Jangan sesekali cuci/polish syiling yang nkorang miliki".
Memang tidak dinafikan dan diperakui di seluruh dunia bahawa syiling yang di polish akan menyebabkan "valuenya" turun.
Tapi aku mengaku yang aku polish duit syiling, bagaimana caranya dan apa sebab aku buat tak perlulah aku ceritakan, takut ada yang terpengaruh.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, Apakah bendanya yang dimaksudkan sebagai STRAITS SETTLEMENTS????
STRAITS SETTLEMENTS membawa maksud duit yang dikeluarkan di Negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1867, Negeri-negeri Selat telah dijadikan Tanah Jajahan British dan duit/matawangnya menggunakan perkataan STRAITS SETTLEMENTS telah dikeluarkan pada tahun 1871 dengan nilai muka 1/4, 1/2, 1, 5, 10, 20, dan 50 sen. Keluaran terakhir STRAITS SETTLEMENTS pada tahun 1935. Duit-duit syiling STRAITS SETTLEMENTS dikeluarkan semasa tiga pemerintahan Raja Inggeris iaitu Ratu Victoria (Queen Victoria), Raja Edward VII (King Edward VII) dan Raja George V (King George V).
Syiling Queen Victoria ni memang jarang dah kita dapat condition dia UNC. Kalau ada pun saya anggarkan harga dia dalam sekitar RM450 kebawah. Kalau yang biasa...mungkinlah kot condition dia VF, itu saya anggarkan RM50 kebawah...ermmm
Post a Comment