Cari Post lain disini

Monday, October 20, 2008

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA

Sebenarnya Duit syiling peringatan ini sudah lama dikeluarkan dan sengaja aku "post"kan disini supaya dapat dikongsi bersama dengan semua pembaca. Mungkin ada yang belum tahu, syiling ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual pada 9 November 2006 (dah 2 tahun dikeluarkan), Adakah anda sudah memilikinya sebagai koleksi??. Sila lihat detail dibawah ini;



**********


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan jubli emas Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengeluaran duit syiling peringatan ini adalah sebagai menghargai peranan dan sumbangan penting UiTM melahirkan siswazah dalam bidang perniagaan, dan sains dan teknologi. Sepanjang 50 tahun yang lalu, siswazah UiTM telah menyumbang ke arah pembangunan pelbagai industri dalam ekonomi Malaysia yang pesat membangun.

Ketiga-tiga duit syiling tersebut sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
1) Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram setiap keping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan ialah RM1,028 sekeping. Hanya sebanyak 300 keping ditempa.
2) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10. Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram setiap keping. Duit syiling ini dijual pada harga RM138 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.
3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan ialah RM8 sekeping. Sebanyak10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling itu juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Manakala set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set itu akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butiran terperinci berkaitan dengan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan itu terdapat pada Lampiran I .
Reka Bentuk Duit Syiling
Deskripsi reka bentuk duit syiling peringatan jubli emas UiTM adalah seperti yang berikut:
Bahagian Depan
Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama di bahagian tengah. Perkataan “Universiti Teknologi Mara” diukir dalam tulisan rumi di bahagian atas dan tulisan khat nasakh di bahagian bawah duit syiling.
Bahagian Belakang
Reka bentuk bahagian belakang memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di bahagian atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual pada 9 November 2006 di lokasi-lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(No. Tel.: 03 - 55191611/2/3)
Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel.: 03 - 26988044)

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS UiTM
Spesifikasi Teknikal

Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute