Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, October 8, 2008

Syiling Emas Peringatan Tahun 2000


DR. MAHATHIR berdiri di hadapan sebuah replika duit syiling ketika melancarkan syiling emas peringatan alaf baru di Kuala Lumpur semalam. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan duit syiling emas peringatan tahun 2000 sempena kedatangan alaf baru yang mempunyai nilai muka RM500 setiap satu.
Syiling yang diperbuat daripada emas tulen 999.9 seberat 25 gram itu akan dijual pada harga RM2,000 setiap satu dan pemasarannya adalah terhad kepada sebanyak 10,000 unit sahaja.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman dalam majlis pelancaran syiling itu di sini berkata, terbitan syiling emas itu adalah yang pertama selepas syiling emas peringatan Dana Hidupan Liar Sedunia pada tahun 1992.
Bagi membayangkan sambutan kedatangan alaf baru, bahagian hadapan syiling itu dihias bermotifkan sirih junjung, kelengkapan tradisional Melayu bagi menyambut tetamu.
Ia juga turut dihiasi dengan dua bilah keris bagi membayangkan kesediaan negara menghadapi cabaran di alaf baru serta glob dan neutron yang mencerminkan negara sedang memacu ke arah era baru dengan berlandaskan teknologi maklumat dalam persekitaran yang lebih global.
Syiling emas itu dimuatkan dalam bekas pewter yang dihiasi corak awan larat berkerawang dan replika duit syiling emas kijang pada penutupnya.
Syiling emas peringatan tahun 2000 itu boleh didapati di Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. atau di cawangan terpilih RHB Bank Bhd., Public Bank Bhd., Malayan Banking Bhd. dan Bumiputra-Commerce Bank Bhd.

2 comments:

Simistri said...

Nie antara duit syiling yang AKU TAK MAMPU NAK BELi .... bayangkanlah dah harga keluaran RM2000, skrng nie mesti harganya lagi mahal.

Mintak-mintaklah duit syiling 50 thn BNM akan datang tak mahal macam nie ....

my-koleksi said...

Syiling ni memang mahal....aku pun tak mampu juga nak beli, mahal sangat. Kau perasan tak harga keluarannya sama dengan tahun keluaran 2000 :D

Simistri...kita kumpul duit dari sekarang la utk beli syiling 50 tahun BNM tu, dapat complete set baru puas hati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute