Beberapa minggu lepas aku mengadakan misi mencari syiling, untuk menengkapkan koleksi duit syiling aku yang masih berlubang. Misi aku kali bertempat di rumah sewa member kerja aku, namanya Mr. Ar (bukan nama sebenar). Kenapa Mr. Ar dan rumahnya terpilih? Sebab utama adalah kerana aku berjaya mengesan yang Mr. Ar mempunyai tabung syiling yang sudah lama disimpan dan belum diusik (masih dara lagi), apa lagi....setelah hari operasi mencari seperti yang telah ditetapkan tiba, aku dan Mr. Ar memulakan operasi tersebut dimana ianya memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Pencarian secara endurance tersebut membuatkan aku dan Mr. Ar hampir muntah hijau dan juga mengalami gejala pening lalat yang amat extreme tetapi berkat kesabaran, borak kosong dan ketawa terbahak-bahak sambil kami melayan cerita Bawang putih, Bawang merah. Kami berdua dapat mengesan banyak duit syiling yang hangat dipasaran dan salah satunya adalah duit syiling 20 sen tahun 1994.
Begitulah rupanya duit syiling yang baru dikeluarkan dari tabung Mr. Ar sebelum proses pengasingan dijalankan mengikut nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Banyak betul duit syiling yang disimpan oleh Mr. Ar selama ini, sungguh aku tak sangka Mr. Ar seorang yang suka menabung. "Aku simpan duit syiling ini dah lama, lebih kurang 5 tahun yang lepas dan tidak pernah digunakan langsung" kata Mr. Ar. hehehe......

Inilah hasil yang aku dan Mr. Ar perolehi setelah 3 jam menjalankan proses mengasingkan duit syiling mengikut nilai, anda boleh lihat hasil kejayaan kami yang aku rasa patut dirai dan dibanggakan. Walaupun terasa penat, letih dan sakit pinggang (maklumlah buat kerja atas lantai) tetapi kami rasa berbaloi kerana ada juga hasilnya. Ingatkan boleh dapat sekali duit syiling 10 sen tahun 1971....hmmmmm, nampaknya masih belum ada rezeki kami untuk memiliki duit syiling 10 tahun 1971 dengan cara ini. Rasanya seperti mencari jarum dipadang rumput yang luas, duit syiling 10 sen tahun 1971 tak dapat......tetapi pengubat luka masih ada iaitu duit syiling 20 sen tahun 1994 yang dicari selama ini berjaya aku miliki bersama-sama syiling lain (limited/susah diperolehi) yang menjadi buruan oleh pengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru.

Walaupun duit syiling 20 sen tahun 1994 ini grednya hanya VF, aku tetap gembira dan bersyukur. kerana aku berjaya memilikinya. Oklah, aku beri sedikit info berkenaan duit syiling 20 sen tahun 1994 seperti dibawah;
Pengeluaran: 2,680,339
Berat: 5.66g
Diameter: 23.59mm
Ketebalan: 1.75mm