Cari Post lain disini

Loading...

Saturday, November 22, 2008

20 sen Tahun 1994

Beberapa minggu lepas aku mengadakan misi mencari syiling, untuk menengkapkan koleksi duit syiling aku yang masih berlubang. Misi aku kali bertempat di rumah sewa member kerja aku, namanya Mr. Ar (bukan nama sebenar). Kenapa Mr. Ar dan rumahnya terpilih? Sebab utama adalah kerana aku berjaya mengesan yang Mr. Ar mempunyai tabung syiling yang sudah lama disimpan dan belum diusik (masih dara lagi), apa lagi....setelah hari operasi mencari seperti yang telah ditetapkan tiba, aku dan Mr. Ar memulakan operasi tersebut dimana ianya memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Pencarian secara endurance tersebut membuatkan aku dan Mr. Ar hampir muntah hijau dan juga mengalami gejala pening lalat yang amat extreme tetapi berkat kesabaran, borak kosong dan ketawa terbahak-bahak sambil kami melayan cerita Bawang putih, Bawang merah. Kami berdua dapat mengesan banyak duit syiling yang hangat dipasaran dan salah satunya adalah duit syiling 20 sen tahun 1994.



Begitulah rupanya duit syiling yang baru dikeluarkan dari tabung Mr. Ar sebelum proses pengasingan dijalankan mengikut nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Banyak betul duit syiling yang disimpan oleh Mr. Ar selama ini, sungguh aku tak sangka Mr. Ar seorang yang suka menabung. "Aku simpan duit syiling ini dah lama, lebih kurang 5 tahun yang lepas dan tidak pernah digunakan langsung" kata Mr. Ar. hehehe......



Inilah hasil yang aku dan Mr. Ar perolehi setelah 3 jam menjalankan proses mengasingkan duit syiling mengikut nilai, anda boleh lihat hasil kejayaan kami yang aku rasa patut dirai dan dibanggakan. Walaupun terasa penat, letih dan sakit pinggang (maklumlah buat kerja atas lantai) tetapi kami rasa berbaloi kerana ada juga hasilnya. Ingatkan boleh dapat sekali duit syiling 10 sen tahun 1971....hmmmmm, nampaknya masih belum ada rezeki kami untuk memiliki duit syiling 10 tahun 1971 dengan cara ini. Rasanya seperti mencari jarum dipadang rumput yang luas, duit syiling 10 sen tahun 1971 tak dapat......tetapi pengubat luka masih ada iaitu duit syiling 20 sen tahun 1994 yang dicari selama ini berjaya aku miliki bersama-sama syiling lain (limited/susah diperolehi) yang menjadi buruan oleh pengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru.




Walaupun duit syiling 20 sen tahun 1994 ini grednya hanya VF, aku tetap gembira dan bersyukur. kerana aku berjaya memilikinya. Oklah, aku beri sedikit info berkenaan duit syiling 20 sen tahun 1994 seperti dibawah;

Pengeluaran: 2,680,339
Berat: 5.66g
Diameter: 23.59mm
Ketebalan: 1.75mm

16 comments:

vonn said...

salam..

alhamdulillah..aku dapat sekeping :)

my-koleksi said...

Bagus la kalau kau dah ada.....susah juga nak cari, bertambah lagi duit syiling 20 sen tahun 1994 aku... :D

lunaticg said...

Salam.
tahniah. At least dapat something, jangan tak dapat langsung.

Anonymous said...

aku ade syiling 10sen,20sen,5 sen dan syiling rm1 tahun 1971 ..kalau nak beli,aku nak jual ..duit lama lain aku ade byk..duit kertas, stamp all around the world..yg baru yg lama..ade.. lau nak..call aku 0139299559 idham. Demi Allah

my-koleksi said...

Salam...

Anonymous/Idham - boleh aku tahu tak 10sen, 20sen dan 5sen tu pun tahun 1971 juga ker??

idham said...

yer... tahun 1971...aku ade byk..kalo ko nak share2 ngan aku,kte bleh jumpa,discuss,tukar2,,aku xde lg sahabat nak betukar2 pendapat,barang melambak,tp x tau nak hempas ke mane..huhuhu ko email aku..idham9183@yahoo.com.my or msg aku 0139299559

wann said...

Salam, saya nak jual syiling2 lama Malaysia ni secepat mgkn:

Tahun 1945 – 1sen(segiempat) – George king emperor
Tahun 1967, 1971, 1973 – 1sen - gmbar parlimen
Tahun 1962 – 1sen – Malaya & british borneo
Tahun 1941, 1943, 1945 – 5sen – George VI king and emperor of india
Tahun 1968, 1979, 1982, 1988 – 5sen – gambar parlimen
Tahun 1926, 1927, 1939, 1941, 1943 – 10sen - George VI king and emperor of india
Tahun 1939 – 20sen - George VI king and emperor of india
Tahun 1877-1977 – RM1 – seratus tahun getah asli Malaysia
Tahun 1959-1969 – RM1 - DYMM SPB TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH
Tahun 1957-1977 – RM1 – 20 tahun merdeka – tunku abdul rahman
Tahun 1957-1982 – RM1 – 25 tahun merdeka – tunku abdul rahman putra
Tahun 1971 - RM1
Tahun 1971 – RM5 – bapa malaysia
Tahun 1972 – RM1 penganugerahan taraf bandaraya kuala lumpur
Tahun 1976-1980 – RM1 – rancangan Malaysia ke-3 – tun abdul razak
Tahun 1976-1980 – RM10 (perak)– rancangan Malaysia ke-3 – tun abdul razak
Tahun 1976 – RM1 – ulang tahun ke-25 kump wang simpanan pekerja
Tahun 1977 –RM1 – ninth southeast asia games
Tahun 1977 – RM25 – ninth southeast asia games
Tahun 1989 – RM25(perak) – the commonwealth heads of government meeting
Tahun 1989 – RM5(gold) - the commonwealth heads of government meeting
1401- RM1 – tulisan arab- gmbar kaabah&masjid

Duit kertas RM1 – gabenur ismail ali(1967, 1972&1976), aziz taha(1981&1984), jaafar Hussin(1986)
Duit kertas RM5, RM10, RM50, RM100 – ismail ali
Duit pokok pisang RM10 & RM100
Duit RM50 – sukan komanwel XVI- wang polimer pertama
Selain dari syiling Malaysia, sy ada syiling2 lama dr luar Negara& syiling2 arab; yang ada tulis yaasin & allah& muhd saw, bentuk pedang, org tua pegang tongkat, rama2, bintang, 130masehi, 7yaasin,

Sekian, terimakasih.
Sila hubungi saya kalau ada yang berkenan. Sy mmg bercadang nak menjual syiling2 lama ni. Terima kasih.
Wann 012-2352355

tayong said...

Salam..
Saya ade duit syiling RM0.10 1971.
Ade gak duit 1/2 sen dan 3/4 sen tahun tak ingat la. kalau berminat email la saya>> sara_cml2006@yahoo.com

abdul aziz said...

SALAM ...

bila tengok pic dari awal sebelum diasingkan duit tu dan selepas diasingkan , teringat saya kepada filem P RAMLEE cerita MUSANG BERJANGGUT. memang bersungguh2 kau melaksanakan misi kau.TAHNIAH diucapkan kerana pencarian tersebut telah berjaya walaupun grednya hanya VF. Janji ada daripada takda langsung.

my-koleksi said...

Salam..

Penat siot masa aku buat kerja tu, nasib baik la ada juga hasilnya...kalau x dapat apa2 lagilah sia-sia kerja aku hari tu.

Ni lah cara aku nk dapatkan koleksi, cara ni aku guna kalau aku rajin saja. hehehe

kid said...

mak oii cam musang berjanggut boleh ekstrak terer suspek la bro bagus blog nie info kalah BNM tq

akiy_69 said...

Huhu... Smalm ak cari lam tabung roommate ak dpat skeping... Gred fine... Tp tabung dia kecik je... Tabung bngunan tabung haji tu... Myb luck ak tuk jmpe smlm... Huhu

mohd zulkifli said...

Sy ada syiling 20 sen tahun 1967,1968,1971,1973,1980,1981 dan 1988. 10 sen tahun 1981 & 1982. 50 sen tahun 1982,1985 dan 1988. 5 sen tahun 1981 untuk dijual. sila hubungi sy 019-2182479 atau zulrider@yahoo.com. TQ

Zhibe said...

syiling RM1 silver 1971 utk dijual.. call @ 0139796509

Zhibe said...

syiling RM1 silver 1971 utk dijual.. call @ 0139796509romansa

norazam mohad said...

Berapa nilai syiling 1994 20sen ya?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute