Cari Post lain disini

Monday, December 15, 2008

Gabenor BNM Aishah ?!?

Cuba anda lihat tandatangan diatas, Tandatangan siapakah itu??...... Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke berapa dan apakah nama beliau??. Jika sekilas pandang, kita lihat tandatangan tersebut dimiliki oleh Gabenor BNM yang tandatangan seakan Aishah. Sekiranya anda kata betul.... anda selama ini salah kerana tandatangan tersebut adalah tandatangan Gabenor BNM Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000). Bukannya tandatangan Gabenor yang bernama "Aishah" yang kadang-kadang aku dengar apabila seseorang melihat wang kertas yang ditandatangani oleh Gabenor BNM yang ke-6 ini. Mana ada Gabenor BNM bernama "Aishah", anda boleh rujuk posting aku yang terdahulu bertajuk Kenali Gabenor BNM dan Tandatangan, aku dah cerita secara ringkas dan senaraikan 7 gabenor yang mentadbir BNM semenjak tahun 1959. Aku berharap lepas ni tiada kesilapan dalam mengenal tandatangan Gabenor BNM..... mungkin, sekiranya kita tersalah cakap orang akan ketawa/senyum sinis pada kita. Itulah hakikat yang pernah aku lihat sendiri. Mulai hari ini, aku mengajak anda semua..... kalau ada lagi orang yang tersalah sebut pasal tandatangan  "Gabenor BNM Aishah", bolehlah kita sama-sama betulkan dengan cara yang terbaik.

10 comments:

Unknown said...

salam..

bagus la ko letak info nih..kesian kat org2 yg kata sign Aishah tu..tersedak Aishah2 seluruh dunia..kehkeh

semoga diorg dah kenal sapa punya sign tu.. :)

Anonymous said...

kepada kaki2 sedut duit jangan tertipu ngan duit Aishah ni. kononnye duit ni dari alam ghaib. tapi dah terang lagi bersuluh dah memang duit ni di keluarkan oleh BNM.

Anonymous said...

aku ada sekeping RM50 duit nih. Berapa kalau nak jual ek? condition boleh laa coz aku terdapat masa jual beli kat supermarket. If interested, just contact aku SAM 0196641400

Anonymous said...

ade orang nak jual RM1 note with 'aishah's' sign nie RM1300 di mudah.. manusia

Anonymous said...

bagus info nie
ada gak org ckp duit yg ada signature ni dr alam bunian..
kononnya aishah tu gabenor bank negara bunian
naseb baek x termakan dgn info2 palsu tu

Anonymous said...

Ada pulak orang cerita kat aku yang tandatangan ni milik Tuanku Siti Aisyah, permaisuri Sultan Selangor yang telah mangkat tu.

Nak tergelak pun ada... mcm2 orang buat cerita.

Anonymous said...

Mmg ada duit bunian.. tp bukan gambar agung.. gmbar puteri bunian nama aisyah.. dan sebelah yg putih tu (yg cuma nmpk bila dilihat kat lampu tu) pulak gmbr harimau

fizz said...

aku ada sehelai duit kertas RM2 dengan tandatangan aisyah tu tp di tepi..betolke nilai matawang nie berharga??

siti.atikah said...

sye pon ade duit 2ringgt sain aisah..laku lg ker??

siti.atikah said...

sye pon ade duit 2ringgt sain aisah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute