BEBERAPA keping duit syiling lama berusia ratusan tahun yang
ditemui Elias Elytiah dan rakan-rakannya di Sungai Likas, Sabah, semalam
**********
KOTA KINABALU 11 April - Sekumpulan lelaki yang sedang mencari lokan bagi menambah rezeki di Sungai Likas dekat sini, menjumpai beberapa keping duit syiling lama berusia ratusan tahun.
Menurut mereka, syiling itu ditemui tidak jauh antara satu sama lain dengan bahagian hadapan dan belakangnya tertera tulisan jawi dan rumi serta lengkap dengan tahun duit berkenaan dikeluarkan.
Elias Elytiah (gambar), 35, berkata, syiling itu berbeza-beza tahunnya dan dijumpai ketika mereka mengais lumpur mencari lokan tetapi menemui besi bulat berwarna hitam.
"Setelah bersihkan besi karat itu baru tahu ia duit syiling lama, terdapat tulisan yang masih boleh dibaca. Salah satunya syiling zaman syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertarikh 1734.
"Syiling lain pula bernilai satu sen tertera Straits Settlement yang dikeluarkan pada 1874 dengan lambang Queen Victoria," katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya sini hari ini.
Katanya, turut ditemui dua keping syiling dengan cap Nederland Indie bertarikh 1857 dan 1826 dengan tulisan jawi di belakangnya bernilai satu sen.
"Selain itu, syiling setengah sen Sarawak mempunyai lambang Raja Brooke bertarikh 1870 dan sekeping syiling satu sen Raja Brooke Sarawak bertarikh 1889," ujarnya.
Menurut Elias, rakannya menemui berkeping-keping syiling lama dan turut membawanya pulang.
"Kami percaya, wang syiling itu semuanya mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Kami tidak keberatan menyerahkan kepada muzium Sabah jika mereka berminat," katanya.
Sebelum ini, katanya, dia dan rakan-rakannya pernah menemui serpihan pinggan mangkuk lama kira-kira 100 meter dari tempat ditemui syiling-syiling berkenaan.
Pautan asal: Mingguan Malaysia, 12 April 2009
2 comments:
nanti aku korek2 blakang umah din dgn umah simistri.. mesti lagi banyak harta purba.. hehehe
tapi kan.. kalo dapat macam diorang nih.. luck laaaa.. jual aje.. =)
fuyohhh....
macam best jer syiling 2...
Post a Comment