Cari Post lain disini

Friday, June 12, 2009

Koleksi lengkap $1 dan 1 RINGGIT dari tahun 1989 - 1996

Duit syiling $1 dan 1 RINGGIT di bawah telah dimansuhkan/tidak diperlakukan sah mulai 7 Disember 2005 oleh BNM kerana duit syiling tersebut banyak dipalsukan. Duit syiling ini direka bertemakan KERIS yang merupakan sejenis senjata tradisi melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan, KERIS juga melambangkan pentadbiran beraja di Malaysia. KERIS pada muka hadapan syiling dikenali sebagai "keris semenanjung" yang diigabungkan dengan motif rekaan songket. Pada tahun 1989 - 1993 syiling ini mengunakan simbol $1 dan pada tahun 1993 - 1996 penggunaan simbol $1 ditukarkan dengan 1 RINGGIT, Kalau dilihat pada senarai syiling yang dilampirkan dibawah, anda boleh lihat pada tahun 1993 terdapat kedua-duannya sekali iaitu yang menggunakan simbol $1 dan 1 RINGGIT.


Anda boleh rujuk koleksi lengkap bergambar duit syiling $1 dan 1 RINGGIT dari tahun 1989 hingga 1996 supaya senang nampak rupabentuk dan perbezaannya.

Rujukan Asal: Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2007, KEKKWA

2 comments:

kapalkertas™ said...

bagus ada koleksi lengkap cani. mesti teringat ms zaman kegemilangan wang emas beserta poket yg berat hehe..

zam said...

salam, ada extra tahun 96 tak ? aku nak sekeping utk lengkapkan koleksi.

kalau ada email aku : serimalam@gmail.com
beserta harga

TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute