Cari Post lain disini

Tuesday, June 16, 2009

Khadam Jaga Duit Syiling

Posting kali ni bertajuk Khadam Jaga duit syiling, aku tak berani nak komen lebih-lebih sebab aku sendiri tak ada pengalaman/pengetahuan pasal benda mistik. Aku hanya seorang pengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru...aku bukan pengumpul barangan atau syiling mistik (tak sama langsung). Terima kasih kepada kawan "collector" kita bro Simistri yang SMS bagi tau ada cerita pasal syiling lama keluar dalam Akhbar Mingguan Warta perdana, muka surat 31. Apa lagi...bila dapat tahu terus aku cergas pergi cari dan aku snap gambar (aku buat dekat rumah)untuk berkongsi dengan anda semua. Ada tak pembaca blog aku yang berpengalaman tentang syiling-syiling tembaga dan perak lama yang dikatakan mempunyai Khadam dan ada juga yang boleh dimaharkan sekiranya ada yang berminat. Aku pun kadang-kadang terfikir dan timbul juga pelbagai persoalan berkenaan perkara tersebut, bagaimana pula dengan anda semua?JANGAN BIARKAN HIDUP KITA TERUS DISELUBUNGI MISTERI, ada jawapan untuk persoalan aku?? Anda boleh baca keratan Akhbar dibawah, aku cuma ingin berkongsi saja. Kalau ada persoalan pasal syiling-syiling mistik, jangan tanya aku....nanti aku bagi jawapan TAK TAHU. Aku kalau korang tanya pasal duit syiling/wang kertas lama dan baru.... duit syiling RARE..... wang kertas RARE, insyaallah aku tahu dan dapat membantu.


TAPI....... aku ada juga koleksi duit syiling tembaga lama dan ada diantaranya dikenali sebagai syiling Yasin 7 (tu saja yang aku tahu), aku kumpul pun untuk suka-suka....dah orang bagi dekat aku suruh simpan sebagai koleksi, aku ambil sajalah (rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari). Layan pula koleksi syiling tembaga aku di bawah;


NOTE: Kalau ada pembaca blog my-koleksi yang sudi berkongsi maklumat dan "nama" syiling tembaga yang aku ada bolehlah email mykoleksi@yahoo.com . Aku just nak tahu dan menambah pengetahuan saja (aku bukan peminat syiling tembaga/ syiling mistik) sebab dari pada apa yang aku baca, macam-macam cerita dan nama yang aku dapat... "SHARING IS CARING"

5 comments:

PAK TOM said...

Salam saya rasa saya kenal AD ni...memang hebat Dah tak jumpa 30 tahun Apa yg saya tahu dulu dikenali sebagai Wak Mistro dn bekas tentera Pernah ke rumah dia siap ade lesong batu yg berlobang Kalau ada alamat dia sudilah bagi tau saya

Anonymous said...

Salam Uncle tom..
Saya masih byk kemusykilan tentang syiling 7 ni.
Saya nak tanya tentang syiling tembaga yasin tujuh mcmana nak tau ketulenan nya?dan..apa kegunaan sebenar nya?adakah ianya mempunyai nilai dr segi nilai matawang?
Terima kasih..

dyfasha said...

saya juga ada syiling 7 yasin tapi bagaimana nak gunakannya adakah encik sudi berkongsi ilmu bersama saya mengenali khadamnya....hubungi saya 019-2991169

Anonymous said...

saya ada pun syiling wali 7 dan syiling 2 merak tu..

sapa nak email kat saya saidinbinmohad@yahoo.com atau call 017-6372753.sama macam gambar tuan tu berwarna tembaga

kena dengan harga insyallah saya lepaskan..kalu tuan offer murah adalah lebih baik saya simpan lagi ...

Anonymous said...

salam..
sy ade syiling yassin9 brgmbar kaabah..1 batu lesung tembus..sekiranya brmint,bleh call/sms:0195258527(khairee)
hrga boleh drunding..TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute