Cari Post lain disini

Wednesday, March 18, 2009

Kupon Getah 1 Picul - Sarawak

"Matawang" dibawah dikenali sebagai kupon yang digunakan dalam urusan jual beli getah semasa pemerintahan British dahulu. Terdapat 2 jenis ukuran berat yang digunakan iaitu Picul dan Katis. Pada masa dahulu kupon juga boleh ditukarkan dengan duit (sekiranya anda mahu) atau digunakan terus untuk membeli barangan keperluan kerana ianya "sah". Itu saja info yang aku tahu berkenaan kupon getah dan buat masa ini aku belum ada lagi kupon getah Katis, so tak ada la gambar nak tunjuk contoh... masih mencari lagi.


Kupon Getah 1 Picul

Sila lihat ringkasan dibawah;

Picul/Pikul
  • 1 picul = 100 kati (60.48kg)
Katis/Kati
  • 1 kati = 600 gram (100 kati = 1 picul)

Saturday, March 14, 2009

Jumpa Syiling Lama Ketika Tanam Kucing

Ada lagi cerita pasal syiling lama yang dijumpai secara tidak sengaja, bertuah betul siapa yang jumpa tu.  Tak payah nak susah-susah cari atau beli... :D , Sila baca keratan akhbar dibawah yang aku ambil dari Akhbar Harian Metro bertarikh 13 march 2009 (Jumaat).

Tuesday, March 10, 2009

One Dollar Jepun

Lama betul aku tak update blog, sorry semua. Kali ini aku upload pula cerita berkenaan wang kertas "one dollar" yang dikeluarkan pada zaman penjajahan jepun di Malaya (Malaysia). wang kertas jenis ini di keluarkan dalam 2 versi iaitu yang mempunyai siri nombor dan tidak mempunyai siri nombor la...hehehe. Gambar yang aku sertakan dibawah merupakan wang kertas "one dollar" yang dikeluarkan tidak mempunyai siri number, kenapa tidak ada siri nombor?? KERANA wang kertas ini dicetak di Malaya. 



Kalau korang nak tahu, wang kertas yang mempunyai siri nombor telah dicetak di jepun dan dibawa ke Malaya semasa penjajahan jepun. Nampak kan perbezaannya, tetapi ada lagi. Harga untuk wang kertas ini juga berbeza, dah tentulah wang kertas yang ada siri nombor bernilai tinggi. kenapa yang tidak ada siri nombor harganya rendah kerana kuantitinya banyak kerana cetakannya tidak dapat dikawal... cerita orang la sbb aku sendiri pun belum ada lagi masa tu. Wang kertas ini dicetak/diguna pakai pada sekitar tahun 1942-1945 oleh orang Malaya. Wang kertas ini di perbuat daripada "woven paper"  

Sunday, March 8, 2009

One Cent Malaya




Gambar diatas adalah wang kertas Malaya "one cent" yang telah di keluarkan pada 1 julai 1941, gambar yang tertera pada wang kertas tersebut adalah gambar King George VI. Wang kertas ini ditandatangani oleh H. Weisberg yang merupakan "Chairman of Commissioners" dan wang kertas ini telah dicetak oleh Thomas De La Rue (TDLR)

Monday, March 2, 2009

Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga

Aku cuma tolong promote Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga yang sedang dijalankan oleh BNM. Nampak gayanya BNM ada plan mengeluarkan duit syiling malaysia siri baru bagi menggantikan siri pertama dan kedua yang kita gunakan sekarang. Motif rekabentuk dan tema apakah yang bakal dipersembahkan oleh BNM nanti, sama-samalah nantikan. Anda boleh rujuk topik bertajuk Wang Kertas & Duit Syiling di Edaran dalam blog aku sekiranya anda ingin mendapatkan penerangan ringkas yang boleh membantu anda berkenaan duit syiling edaran Siri Pertama dan Siri Kedua.

Sila klik gambar

Untuk memudahkan anda, aku dah letak link pada gambar di atas, KLIK GAMBAR untuk mengambil bahagian dalam kaji Selidik, Soalannya mudah sahaja dan tidak perlu menaganbil masa yang lama untuk menjawab. Aku dah pun selesai menjawab kesemua 9 soalan ringkas yang dikemuakakan, harap-harap syiling kali ini lebih ringan dan tahan lasak. Kaji selidik tersebut penting untuk membantu BNM mengetahui pendapat anda supaya duit syiling edaran ke tiga yang bakal dikeluarkan nanti menepati keriteria-keriteria yang dikehendaki oleh kita sebagai pengguna. Apa tunggu lagi, BNM dah bagi peluang untuk anda sama-sama ambil bahagian supaya nanti tidak ada lagi komen-komen tak sedap didengar. 

Sumber Asal : Website BNM

Pautan Asal: KAJI SELIDIK PENDAPAT UMUM: Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute