Cari Post lain disini

Sunday, March 22, 2015

Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton

Buku "Auction" berkualiti

Buat kali pertama Trigometric Sdn. Bhd. menganjurkan "Auction" matawang lama dan baru pelbagai negara pada 15 Mac 2015 yang lalu. Lokasi yang dipilih bagi mykoleksi adalah strategik, mudah untuk kita sampai kesana iaitu Hotel Hilton, Petaling Jaya. Tak jauh pun dengan kedai mereka yang terletak di Amcorp Mall, pada hari tersebut mykoleksi memilih untuk pergi dengan menggunakan LRT sebab malas nak "drive". 

Jauh Pandangan mykoleksi

Tak jauh sangat pun mykoleksi jalan kaki, cuma ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai. Kalau dah kaki "Backpackers" setakat nak berjalan sejauh itu tidak ada masalah pun, mykoleksi pernah berjalan dari UM hingga ke KL Sentral....apasal menyusahkan diri berjalan sejauh itu? LRT ada problem masa tu.....jalan pula jem melekat. 

Lokasi Tempat Bidaan

Senang saja nak cari tempat "Auction", dah sampai apa lagi jom kita terjah masuk....jangan risau pintu tak berkunci, tak perlu nak ketuk-ketuk. 

Pendaftaran Untuk Membida

Pendaftaran sedang rancak dijalankan, lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Selain pendaftaran untuk bidaan, anda juga boleh dapatkan katalog yang dikeluarkan oleh KN Boon disana. Bolehlah beli untuk dijadikan rujukan semasa "Auction" bagi mereka yang belum ada.

Penuh Dewan, "Breakfast" disediakan

"Breakfast" disediakan untuk pembida dan juga peminat Numismatik, ruang dalam dewan mula dipenuhi. Masa inilah kita boleh memilih tempat yang "view" menarik, nak duduk belakang nanti tak nampak pula dan susah nak ambil gambar. 

Apalah nasib mykoleksi, kamera anak bagi jatuh sampai rosak "lens"....sebagai balasan mykoleksi "kebas" phone anak untuk ambil gambar. hehehe

Sila Baca Bahagian Belakang Nombor Bidaan Anda

Bermulalah bidaan untuk matawang pertama pada pukul 9.50 pagi (jam mykoleksi), proses bidaan berjalan dengan lancar. Harga bidaan untuk Lot 1 adalah sebanyak RM960.00

Bermulanya Bidaan Lot 1

Matawang negara lain mykoleksi kurang berminat tapi kalau Malaysia barulah segar sikit mata...oleh kerana Lot 1 (pertama)....jadi mykoleksi ambil juga gambar, boleh tahan harga Lot 1 walaupun harga anggaran RM200 - RM350. Ingatkan baru nak panas "engine", rupa-rupanya dah main "drag" terus....tak tahan oooo macam ni, tak pa kita tengok harga yang lain pula.

Harga Lot 1 hingga 5

Lot 76 merupakan Lot terahkir sebelum kita melangkah kepada matawang Malaysia iaitu Lot 77...Yahooo!!!, gerun jugalah bila tengok harga untuk Lot 76 iaitu RM280,000....boleh demam panas dibuatnya.

Lot 76 Berjaya dibida dengan Harga RM280,000

Masa yang dinantikan oleh mykoleksi sudah pun tiba, barulah bersemangat sikit nak layan.....Lot 77 dipamerkan. Harga untuk Lot 77 pun boleh tahan hinggakan mencapai harga RM1,700, harga yang dianggarkan adalah diantara RM800 hingga RM1,100....sekali lagi diorang buat "drag". :D

Lot 77 Berjaya dibida dengan Nilai RM1,700

Kalau nak cerita satu persatu, mau banyak lagi yang mykoleksi kena tulis....apa kata kita lompat terus ke item yang mykoleksi anggap menarik untuk kita lihat harga bidaanya. Nak tahu harga bidaan untuk kesemua item pada 15 Mac 2015? nanti mykoleksi letak diakhir topik untuk anda lihat puas-puas.

Matawang (Item) yang paling menarik perhatian mykoleksi adalah Lot 106, kenapa? sebab gambar untuk Lot 106 telah dijadikan muka hadapan  buku "Trigometric Auction" dan ianya adalah sekeping wang kertas yang dikategorikan sebagai "RARE" oleh pengumpul kerana "Replacement Note" bernombor siri ZZ0000001 ("Low Number").

Lot 106, RM280,000

Harga yang berjaya dibida adalah RM280,000 tidak termasuk dengan "Buyer's Premium" 15%, jadi harga keseluruhan yang perlu dibayar RM322,000

mykoleksi ada sedikit kemusykilan, apabila merujuk liveauctineers (mykoleksi hanya merujuk kepada RM1000 - ZZ0000001)...."Buyer's Premium" yang dipaparkan adalah 18%, kenapa? 

mykoleksi beranggapan disini "Buyer's Premium" untuk bidaan secara atas talian mungkin tinggi sedikit (18%) dan mungkin juga semasa lelongan berlangsung "Buyer's Premium" adalah sama iaitu 15%....mykoleksi tak rujuk pula "liveauctineers link" pada tarikh 15 Mac 2015. Apa-apa pun itu hanyalah andaian mykoleksi sendiri, boleh diabaikan.....

"Buyer's Premium" 18% bersamaan RM330,400

Lot 266 dibida dengan Harga RM400,000

Terperanjat mykoleksi (dengan gaya Boboi).......Lot 266 telah memegang rekod bidaan paling tinggi pada hari tersebut dengan nilai RM400,000, walaupun harga tersebut merupakan harga minimum untuk Lot 266... mykoleksi masih lagi tidak dapat menerimanya. Demam.....demam....demam tapi itulah realiti sebenar hobi sebagai Pengumpul Matawang Lama dan Baru.

DUIT buat DUIT

mykoleksi sanggup tunggu hingga ke petang bukan kerana awek-awek comel yang ada disana tetapi untuk melihat sendiri harga "KNBOON 1st Edition Malaysia Banknote Catalogue", pandai diorang....letak lelongan untuk katalog di Lot yang ujung-ujung....nak tak nak kena tunggu jugalah.

Tak sia-sia mykoleksi tunggu, harga untuk sebuah katalog amat memeranjatkan. Telahan mykoleksi tepat sekali yang harga katalog tersebut akan menjadi luar biasa...harganya adalah RM850, sangat jauh jangkauanya dari harga asal iaitu RM20 hingga RM50 sahaja.

Lot 323 - "KNBOON 1st Edition Malaysia Banknote Catalogue"

Pandangan mykoleksi, harga katalog tersebut tidak mahal sekiranya kita memikirkan isi kandungan dan susah payah penulis untuk menghasilkannya. Hanya orang yang malas membaca atau tidak menghargai bahan ilmiah sahaja yang akan beranggapan "BUANG DUIT SAJA BELI KATALOG MAHAL-MAHAL". Selain kita mengumpul matawang lama dan baru sebagai koleksi, kita boleh simpan juga katalog/bahan rujukan Numismatik kerana boleh menjadi rujukan di masa perlu. Nasihat mykoleksi, kalau nak simpan katalog/bahan rujukan Numismatik belilah yang asal bukan yang "COPY" sekiranya berkemampuan. 

Kalau kita ingin ilmu kita kenalah "hormat" bahan ilmu dan penulisnya sekali, masa yang lama selalunya diambil oleh seseorang penulis untuk menghasilkan sesebuah katalog atau bahan rujukan berbentuk ilmiah khasnya Numismatik. Kadang kala mereka sanggup mengabaikan perkara penting lain untuk merealisasikan impian mereka. Jadi, Respek atau Hormat itulah sedikit sebanyak menjadi lambang penghargaan diatas susah payah mereka selama ini.

PENULIS BLOG....apa pula kata anda? 

Tidak ramai yang sanggup berkorban seperti mereka, tak percaya? anda boleh bertanya sendiri untuk mengetahui cerita disebalik penghasilan sebuah katalog atau bahan rujukan Numismatik? pergilah tanya Mr. Saran Singh, Mr. Steven Tan, Mr. KN Boon, Dr. Ibrahim Bakar dan Mr. Wong Hom Sum. Kalau setakat nak "COPY" dan "PASTE" rasanya tak sampai 30 minit boleh siap 1 katalog atau buku rujukan Numismatik.

ehh...ehh...ter"emo" pula mykoleksi. 

Pengalaman yang berharga bagi mykolesi bila dapat hadirkan diri ke "Trigometric Auction", mykoleksi seperti tak percaya yang kali pertama "Auction" tersebut diadakan oleh mereka. Tempat yang dipilih bagi mykolesi bersesuai dan pengurusan lelongan terkawal dengan tenaga kerja yang minimun. Apa yang menarik perhatian adalah pembida boleh memilih untuk membida dengan 4 cara utama (berdasarkan pemerhatian mykoleksi hanya dengan merujuk kepada "Trigometric Auction" sahaja).

1. Bidaan dengan Mengangkat Nombor Pembidah

Angkat Nombor untuk Membida

Pembida boleh mengangkat nombor untuk membuat bidaan, berapa kali nak angkat pun tak kisah asalkan duit penuh poket. Cara ini memang biasa kita lihat dan mudah untuk diuruskan.

2. Bidaan secara "Online"

"Online"

Bidaan cara ini sangat mudah, pembida mesti buat pendaftaran secara online terlebih dahulu sebelum membuat bidaan. kenapa cara ini mudah? sambil tengok TV pun boleh buat bidaan, dah boring tengok TV boleh bida sambil baring hingga tertidur. Nampak hebat dan bergaya membida dengan cara ini, sangat sesuai untuk mereka yang "gadget" selalu melekat ditangan walaupun tengah makan.

3. Bidaan Melalui Telefon

En. KN Boon Sendiri yang Melayan Panggilan

Cara bidaan ini nampak macam "Oldskool" tapi bagi mykoleksi sangat "Stylo", yang menarik untuk "Trigometric Auction"... Mr. KN Boon sendiri yang "handle" panggilan telefon pembida, mykoleksi respek dan tabik spring dengan beliau kerana bersama-sama turun padang demi untuk menjayakan "Auction" tersebut.

4. Menggunakan "Proksi" Untuk Buat Bidaan

Pembida yang tidak mendaftar yang ingin membuat bidaan akan menyuruh pembida berdaftar membida untuknya. Cara tersebut biasanya untuk pembida yang "PEMALU"..... mykoleksi suka guna cara nombor 4 (empat). hehehe

Nampaknya pihak penganjur memang buat persediaan yang rapi demi menjayakan "Auction" tersebut, kita boleh lihat cara mereka menjalankan tugas dangan peranan masing-masing semasa proses bidaan berlangsung.

Ilustrasi mykoleksi Sahaja - Tidak Semestinya Betul

Cuma ada sedikit yang mykoleksi nak komen supaya dapat diperbaiki sekiranya Trigometric Sdn. Bhd. merancang untuk mengadakan lagi "Auction" 

1. Pemilihan "Tukang" Lelong

Kita dapat lihat kadang kala "Tukang" lelong seperti hilang fokus hingga berlaku beberapa kesilapan semasa lelongan dijalankan. Sekiranya khidmat "Tukang" lelong yang sama digunakan untuk masa akan datang, mohon suruh "Tukang" lelong tesebut "study" dan faham dulu apa yang hendak dilelong dan bagaimana caranya.

2. Tambah Bilangan Pembantu "Tukang" Lelong

Mohon dapat sediakan lebih ramai pembantu "Tukang" lelong kerana dilihat kerap berlaku dimana "mertun" (bahasa utara) diketuk (menandakan lelongan/bidaan tamat) sedangkan ada lagi pembida yang mengangkat nombor untuk membida. Sebelum "ketuk" harap dapat lihat dahulu sepintas lalu ("Tukang" lelong dan pembantu) supaya tidak ada pembida yang terlepas peluang untuk bidaan (merujuk kepada seorang pembida yang selalu membuat bidaan selepas kiraan dua sebelum bidaan ditamatkan). Sekiranya perkara sebegini kerap berlaku, penganjur boleh "RUGI" sekiranya sesuatu item tersebut sepatutnya harga boleh naik lagi diberhentikan bidaan semasa ramai lagi pembida yang ingin membidanya.

Keputusan tidak rasmi mykoleksi bagi "trigometric Auction" seperti dibawah;

Keputusan Tidak Rasmi yang dikeluarkan oleh mykoleksi

Kalau ada yang tak betul, harap dapat "inform" mykoleksi supaya dapat diperbetulkan dengan kadar segera. Apa yang ditulis oleh mykoleksi adalah sekadar ingin memberi pandangan memandangkan mykoleksi sudah lama merurusan dengan Trigometric Sdn. Bhd. 

Sedikit sebanyak apa yang mykoleksi sampaikan disini dapat membantu Trigometric Sdn. Bhd. untuk memantapkan lagi "Trigometric Auction" yang akan datang. Secara keseluruhan mykoleksi bagi 5 bintang untuk penganjuran  "Trigometric Auction" kali pertama ini. Tempat yang dipilih pun sesuai dan selesa, suraunya pun luas dan bersih.

Surau yang Luas dan Bersih

Terima kasih dan Tahniah kepada Trigometric Sdn. Bhd, khasnya Mr. KN Boon.

Yang baik,

mykoleksi
Bukan Gabenor BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute