Cari Post lain disini

Monday, March 2, 2009

Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga

Aku cuma tolong promote Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga yang sedang dijalankan oleh BNM. Nampak gayanya BNM ada plan mengeluarkan duit syiling malaysia siri baru bagi menggantikan siri pertama dan kedua yang kita gunakan sekarang. Motif rekabentuk dan tema apakah yang bakal dipersembahkan oleh BNM nanti, sama-samalah nantikan. Anda boleh rujuk topik bertajuk Wang Kertas & Duit Syiling di Edaran dalam blog aku sekiranya anda ingin mendapatkan penerangan ringkas yang boleh membantu anda berkenaan duit syiling edaran Siri Pertama dan Siri Kedua.

Sila klik gambar

Untuk memudahkan anda, aku dah letak link pada gambar di atas, KLIK GAMBAR untuk mengambil bahagian dalam kaji Selidik, Soalannya mudah sahaja dan tidak perlu menaganbil masa yang lama untuk menjawab. Aku dah pun selesai menjawab kesemua 9 soalan ringkas yang dikemuakakan, harap-harap syiling kali ini lebih ringan dan tahan lasak. Kaji selidik tersebut penting untuk membantu BNM mengetahui pendapat anda supaya duit syiling edaran ke tiga yang bakal dikeluarkan nanti menepati keriteria-keriteria yang dikehendaki oleh kita sebagai pengguna. Apa tunggu lagi, BNM dah bagi peluang untuk anda sama-sama ambil bahagian supaya nanti tidak ada lagi komen-komen tak sedap didengar. 

Sumber Asal : Website BNM

Pautan Asal: KAJI SELIDIK PENDAPAT UMUM: Projek Duit Syiling Edaran Malaysia Siri Ketiga

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute