Cari Post lain disini

Friday, January 22, 2010

Setem Mata Wang Malaysia - POS + BNM

Poster Setem Mata Wang Malaysia siap ada cop hari pertama tu, cubalah cari yang mana satu cop hari pertama yang asli

Muka hadapan fail (folder)

Sampul Surat Hari Pertama - Setem bernilai muka 10sen, 20sen dan 50sen (Depan/Belakang).

Sampul Surat Hari Pertama - Lembaran Mini (Miniature sheet) bernilai muka RM5

Bahagian dalam fail (folder) - Dibelakang tempat simpan setem tersebut ada gambar mata wang Malaysia

Ini pula adalah bahagian belakang fail (folder) yang ada menceritakan Sejarah Mata Wang Malaysia

Poster Setem Premium berserta sedikit penerangan berkaitan Setem Premium, ni pun ada juga cop hari pertama.

Cover Setem Premium - Sangat menarik

Fail (folder) Setem Premium, orang panggil benda ni fail ker?...belasah sajalah

Bahagian dalam Setem Premium, pada bahagian ini terdapat cerita berkenaan Setem Premium dan Butiran teknikalnya

AHaaa....ni la rupa bentuk Setem Premium yang dimaksudkan, Setem Premium ini bernilai muka RM50

Pada bahagian ini pula terdapat cerita Duit Syiling Ulang Tahun ke-50 BNM

Inilah Wajah-wajah Gavernors BNM

Wednesday, January 20, 2010

Syiling 50 sen Tahun 1976 - Realiti atau Mistik

Banyak betul aku tengok orang cari info berkaitan syiling 50 sen tahun 1976, oleh sebab itulah aku tertarik untuk tulis topik ini. Kenapa begitu ramai orang mencari duit syiling 50 sen tahun 1976 dan apa keistimewaannya?, adakah syiling ini hendak digunakan untuk tujuan mistik ataupun untuk disimpan sebagai koleksi?. Sebelum aku menulis dengan dengan panjang lebar tentang topik ini, aku ingin berpesan dan menegaskan kepada semua pembaca blog aku. Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan kepada teori aku sendiri dan juga pembacaan aku melalui internet, buku serta bertanya kepada "collector-collector" yang lama. Jadi janganlah mengambil serius apa yang aku tulis ianya hanya sekadar untuk berkongsi pengetahuan sahaja.
  1. Sepanjang pengetahuan aku syiling 50 sen tahun 1976 memang tidak dikeluarkan tapi ada pihak yang menyatakan syiling tersebut wujud. Kalau nak confirm kebenarannya kenalah tanya BNM atau Kilang syiling BNM kerana cara itulah yang paling terbaik. Mungkin disana kita boleh dapat jawapan yang jelas untuk merungkaikan teka-teki yang bermain di fikiran kita semua. Bukan apa, semua syiling dan wang kertas yang dikeluarkan mestilah dibawah pengetahuan BNM, jadi sekiranya BNM boleh “confirm”kan yang tiada pengeluaran syiling 50 sen tahun 1976….memang tiada lah jawapnya tetapi belum ada lagi individu yang bertanya berkenaan kewujudan syiling 50 sen tahun 1976 kepada BNM secara terus. So, Ada siapa-siapa pembaca blog my-koleksi yang volunteer nak tanya BNM?
  2. Aku masih tidak akan percaya walaupun ada gambar atau syiling 50 tahun 1976 sebenar sebagai bukti kerana belum tentu syiling tu adalah asli. Bagaimana kita nak tahu syiling itu asli ataupun tidak? Adakah dengan cara menggigit syiling tersebut sudah boleh tahu keasliannya. Pemalsuan syiling/wang kertas memang banyak berlaku sekarang, banyak kita dengar melalui media massa.... jadi kalau ada pun syiling 50 sen tahun 1976, mungkin syiling tersebut adalah palsu. Jangan ambil risiko, mungkin ada pihak yang cuba mengaut untung dengan mengatakan yang syiling 50 tahun 1976 memang wujud. Betul atau tidak sama-samalah kita cari jawapannya, Ada juga pihak yang mendakwa memiliki syiling 50 sen tahun 1976 yang asli dan beberapa siri ujian dilakukan oleh “mereka” untuk membuktikan keasliannya……bagaimanakah “mereka” menguji syiling tersebut aku pun tak tahu.
  3. Setakat yang aku penah tengok, terdapat dua gambar syiling 50 sen tahun 1976 yang berbeza (mana aku tengok tak perlulah tahu). Perbezaanya adalah pada BAHAGIAN TEPI kerana setakat ini ada 2 versi syiling 50 tahun 1976 iaitu yang ada tulis BANK NEGARA MALAYSIA (kalau tak silap pandang) dan Security Edge (macam terbelah dua). Mana satu yang betul? Kedua-dua syiling tersebut juga aku lihat kurang berkualiti kerana corak dan ukirannya tidak berapa cantik seperti syiling 50 sen tahun-tahun lain yang asli.
  4. Sepatutnya, jika betul ada syiling 50 sen tahun 1976 dikeluarkan, sudah tentu bahagian tepinya adalah bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA". Gambar dibawah boleh menerangkan maksud yang cuba aku sampaikan, hanya sekadar teori aku.
Syiling 50 sen tahun 1973 dan 1977 dikeluarkan dengan bahagian tepinya bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA"

Sila rujuk gambar dibawah untuk mengetahui macam mana rupanya bahagian tepi Milled Edge, Security Edge dan "BANK NEGARA MALAYSIA".

A - Milled Edge
B - Security Edge
C - "BANK NEGARA MALAYSIA"

Aku harap topik kali ini dapat memberi info yang berguna kepada semua pengunjung blog my-koleksi, semoga tanda tanya kita selama ini dapat dirungkaikan. Topik ini ditulis bukan bertujuan untuk menyinggung atau mendatangkan marah mana-mana pihak tetapi cuma sekadar info sahaja bagi mereka yang ingin mengetahui cerita berkaitan syiling 50 sen 1976. Sekian.

Tuesday, January 19, 2010

Pos Malaysia Perkenal Setem Mata Wang

Keratan akhbar yang aku ambil dari Berita Harian bertarikh 16 Januari 2010, anda semua boleh baca keratan akhbar di bawah untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.


Setem Mata Wang ini mula diedarkan pada 18 Januari 2010 dan sudahpun ada dalam simpanan aku... walaupun aku tengah sibuk dengan kerja namun semua itu tak menghalang aku untuk mendapatkannya, terima kasih aku ucapkan kepada adik ipar aku yang telah menolong aku untuk mendapatkan koleksi Setem Mata Wang yang lengkap (dia kerja dekat Pejabat Pos Besar Dayabumi, apa lagi call saja dia terus boleh dapat...hehehe). Bagi aku pengeluaran Setem tersebut bukan sahaja menarik minat pengumpul setem sahaja malah menarik minat pengumpul wang dan syiling lama/baru juga kerana ianya melibatkan mata wang. Faktor lain pula yang menjadikan setem ini menjadi buruan adalah kerana dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara Malaysia bersemperna sambutan ke-50 Bank Negara. Jadi, bagi mereka yang belum memiliki setem tersebut...cubalah untuk memilikinya....mungkin anda boleh membelinya nanti dari "collector" setem atau bukan "collector". Harga jangan tanya aku, menurut pemerhatian aku, harga koleksi lengkap Setem Mata Wang tersebut aku rasa lepas ni boleh jadi tinggi nilainya...berapa? marilah sama-sama kita tengok nanti. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute