SEKADAR UNTUK BERKONGSI
**********
Soalan :
Assalamualaikum ustaz..
saya ada persoalan..
saya merupakan peminat dan pengumpul banknote (duit kertas) dan coin lama dan baru sebagai koleksi..
kemuskilan saya adalah apakah hukum menjual dan membeli duit-duit ini?
yang baru dan yang lama..
yang baru dan masih digunakan..
dijual kerana ianya adalah keluaran no siri terhad..
harap dapat sedikit penjelasan dari ustaz..
terima kasih
Jawapannya :
Menurut pandangan saya yang tidak seberapa ini, orang yang suka mengumpul duit-duit lama sebagai koleksi adalah harus dan duit tersebut tidak lagi mempunyai nilainya seperti waktu ia diperdagangkan. Duit lama tersebut mempunyai nilainya tertentu kerana ia menjadi antik dan sudah pasti harganya melonjak tinggi dari nilai sebenar duit tersebut.
Yang menjadi riba ialah apabila duit itu diperdagangkan dan masih digunakan lagi dalam muamalah negara tersebut. Contohnya kalau orang tersebut membeli duit seringgi dengan nilai seratus ringgit, maka itu menjadi riba disebabkan ada unsur lebihan dalam nilai sebenar duit tersebut.
Masalah beli duit kertas baru yang mempunyai nombor siri menarik dengan harga yang tinggi dari nilai duit tersebut. Di sini saya mempunyai dua jawapan iaitu :
Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi harus, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.
Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dibeli dengan nilai harga yang tinggi dan digunakan dalam jual beli barangan, maka itu menjadi riba kerana ada unsur lebihan di situ. Begitu juga kepada orang yang mula-mulanya berniat untuk menjadikan duit yang mempunyai nombor siri menarik itu sebagai koleksi, tetapi orang tersebut tukar niatnya dan menggunakan duit tersebut untuk diperdagangkan, maka ini menjadi riba dan haram.
Harus kepada orang yang ingin melancong atau umrah ziarah menukar duitnya untuk urusan jual beli di negara tersebut. Ini bersesuaian dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah harus.Mesyuarat juga mengambil maklum :
Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.
Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.
Kesimpulannya
Wang kertas yang lama atau antik dibeli dengan harga yang mahal untuk dijadikan perhiasan adalah harus kerana wang tersebut tiada nilainya lagi dan ia di nilai seperti barangan perhiasan. Harus juga bagi sesiapa yang suka menyimpan duit yang mempunyai no siri yang cantik dan menarik untuk dijadikan perhiasan dan koleksi. Haram dan riba bagi duit yang dijual dengan harga yang mahal untuk tujuan muamalah atau urusan jual beli, kerana disitu terdapat unsur lebihan.
Sumber Asal: http://www.ustaznoramin.com
3 comments:
Bila aku baca balik, aku teliti, maka berdasarkan apa yang ustaz tu tulis:
Kalau beli atau jual duit 10 sen 1971, maka riba kerana duit 10 sen tu masih boleh dipakai negara kita dengan nilai 10 sen gak.
Kalau beli syiling lama (sebelum merdeka) ataupun katakanlah banknote siri 1 sampai siri 4, maka boleh dijual atau dibeli pada harga tinggi kerana duit tu dah tak digunakan lagi sebagai urusan.
Macam mana pulak dengan seringgit ali abu hassan ...adakah duit tu masih boleh digunakan lagi????
Lagi satu, berdasarkan apa yang ustaz tu tulis, kalau duit solid number ker, ladder number ker, low ker, fancy ker, replacement ker - kita beli atau dijual, dikira riba, kalau macamtu kena harapkan duit nombor cantik nie jatuh atas tangan menerusi mesin ATM ajerlah atau kebetulan dapat.
macam mana dengan syiling peringatan? syiling tu sebagai koleksi tapi pada masa yang sama boleh diguna pakai untuk urusan jualan beli di negara kita????? bezanya, tak der saper pun akan gunakan syiling peringatan untuk urusan jual beli, dan peniaga pun silap-silap tak nak terima syiling peringatan sebab tak pernah tengok duit tu.
macam mana pulak dengan setem??? kalau macam tu setem bernilai muka RM1 yang dibeli pada tahun 2000, jika sekarang nie dijual atau dibeli pada harga RM10, maka dikira riba, kerana setem bernilai muka RM1 masih boleh dipakai dengan nilai seringgit gak untuk urusan pos.
macam mana pulak dengan setem 30 sen dan 50 sen, sebab sekarang nie, harga minima untuk pos surat ialah 60 sen, adakah setem tu nanti jika dijual pada harga tinggi, maka dibolehkan kerana setem tu dah tak digunakan lagik. macam mana pulak kalau setem 30 sen dua keping, dah jadik 60 sen???
wallahualam
Hukumnya harus...Rujuk JAKIM. Selagi urusan jual beli dipersetujui kedua-dua belah pihak, tiada unsur penipuan, harga berpatutan.
sy rasa kena paham betul2 ape yg ustaz tu cakap..
kalo duit contoh duit 10 sen keluaran 1971 tu dibeli dengan harga tinggi, sedangkan duit tu masih bole dipakai akan jadi RIBA if duit tu digunakan utk URUSAN HARIAN.tapi menjadi HARUS bila duit itu bertujuan utk SIMPANAN & KOLEKSI..
sama juga dengan yg lain2..
baca tulisan ustaz tu yg ini,
'Duit yang mempunyai nombor siri menarik itu dijadikan perhiasan dan koleksi, maka ia menjadi HARUS, kerana duit itu tidak diperdagangkan untuk jual beli barangan keperluan.'
Post a Comment