Cari Post lain disini

Thursday, September 30, 2010

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertempat di Kompleks Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,200 sekeping. Sebanyak 150 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM1,450 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 600 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan:

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Imej Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini, manakala perkataan "50 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas syiling dan tahun "1960 - 2010" tertera di bawah imej Bunga Raya. Perkataan "Bunga Raya Bunga Kebangsaan" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Bahagian Belakang Duit Syiling

Peta Malaysia berlatarbelakangkan bendera Malaysia dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "Bank Negara Malaysia" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan di bawah perkataan "Bank Negara Malaysia". "Jabatan Warisan Negara" selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap sambutan ulang tahun pengisytiharan ini dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling peringatan. Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 1 Oktober 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan

Spesifikasi Teknikal


Nota:

  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan

  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Bank Negara Malaysia

30 September 2010


Sumber Asal: Website BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute