Cari Post lain disini

Monday, November 22, 2010

Pelantikan Puan Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Puan Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 16 November 2010. Puan Nor Shamsiah memegang jawatan Timbalan Gabenor berikutan persaraan Datuk Zamani Abdul Ghani dengan tamatnya tempoh perkhidmatan beliau pada 15 November 2010. Bank Negara Malaysia juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Zamani atas khidmat dan sumbangan beliau selama lebih daripada 39 tahun kepada Bank.

Puan Nor Shamsiah memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia pada tahun 1987 dan berpengalaman luas dalam pembentukan pengawalan kehematan, undang-undang, dasar dan garis panduan untuk sektor kewangan. Beliau juga terlibat dalam inisiatif penyelesaian sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan untuk pembangunan sistem kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2010.

Sebelum pelantikan beliau, Puan Nor Shamsiah ialah Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan institusi kewangan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia dan juga menyelia Jabatan Pengurusan Risiko Bank Negara Malaysia. Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dan juga anggota Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Timbalan Gabenor, Puan Nor Shamsiah Mohd Yunus

Bank Negara Malaysia

15 November 2010

Sumber Asal: Website BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute