Cari Post lain disini

Wednesday, March 28, 2012

Wang Kertas Baharu Kanada Sukar Dikoyak

Wang Kertas Baharu kanada yang dikatakan sukar dikoyak dengan mengunakan tangan dan dipalsukan, plastik polimer yang digunakan untuk menghasilkannya adalah buatan Australia. hhmmmmm.............. Aku nak cari wang kertas tu untuk buat ujikaji makmal tapi kena pikir banyak kali juga sebab 50 dollar Canada bersamaan RM154.18 :D

Monday, March 26, 2012

RM100,000 Tandatangan Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein - RARE

Kreatif betul, mari kita tengok........ :D

 Replika Wang RM100,000

Sunday, March 25, 2012

Cengkerang ke Ringgit

Akhbar : Berita Minggu
Oleh Aziah Azmee

SUATU masa dulu, siput dan kerang-kerangan bukan menjadi hidangan mewah di meja makan, sebaliknya berfungsi sebagai sistem mata wang. Ini disusuli era di mana mata wang logam dan emas digunakan. Wang logam Kaleng (Calains) dijadikan pertukaran jual-beli antara pedagang yang singgah di Pelabuhan Melaka pada abad ke-15 yang ketika itu menjadi antara lokasi penting perdagangan di rantau Asia.

Apabila timah ditemui di Tanah Melayu, ia menjadi pencetus revolusi awal penggunaan duit iaitu duit tampang atau lebih dikenali sebagai duit topi di Pahang. Masyarakat mula terdedah dengan kepingan duit seberat ‘seterika’ selain bentuk khas seperti ayam atau kambing dengan majoriti penggunaannya popular sekitar 1819 hingga 1893 di Pahang, Perak dan Selangor. Selain duit tampang, duit sah laku juga banyak diedarkan ketika itu apabila orang kaya setempat dibenar mengeluarkan ‘duit sah laku’ sendiri bagi kegunaan orang bawahan dengan dihadkan di kawasan jajahan mereka.

Merungkai sejarah dan evolusi mata wang negara, Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail, berkata mengikut rekod dan artifak ditemui, duit lama kerajaan Negeri-Negeri Selat memiliki banyak keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Ibrahim berkata, ada antaranya adalah koleksi duit pertukaran berbentuk jongkong emas, kepingan perak, blok timah mahupun gangsa atau cengkerang siput gerus (Cowrie Shells). Menurutnya, melewati era moden bermula 1930-an, duit keluaran khas mula diedarkan seperti penempatan Kusta, Pusat Penempatan Kusta di Sungai Buloh bagi tujuan menyekat penyebaran wabak kusta kepada orang awam yang dikeluarkan pada 1932.


Ibrahim berkata, bagi merakam evolusi wang yang digunakan di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu, Jabatan Muzium melakukan aktiviti pemerolehan sejak 1963. Bermula dengan simpanan duit kerajaan, Jabatan Muzium berjaya mengumpul lebih 2,566 wang kertas dari dalam termasuk mata wang asing yang diperoleh sejak 1963 hingga 1997. Selain itu, ada 5,244 keping syiling lama yang diperoleh dari 1963 hingga 1994 serta 36 duit tampang (koleksi 1979 hingga 1981). “Bagi mereka yang tidak tahu, Muzium Negara ada menyimpan koleksi mata wang paling lama berusia 450 tahun iaitu duit pitis Sultan Muzaffar Shah yang digunakan sekitar 1446 hingga 1456. “Selain itu, ada empat koleksi mata wang lama diisytiharkan sebagai ‘Artifak Warisan Kebangsaan’ pada Februari 2009, di bawah kategori Objek Ketara bersama-sama 173 butiran warisan yang lain,” katanya pada pertemuan bersama sisipan Rona baru-baru ini.

Friday, March 23, 2012

Fort Knox - United States Bullion Depository



The United States Bullion Depository, often known as Fort Knox, is a fortified vault building located adjacent to Fort Knox, Kentucky, used to store a large portion of United States official gold reserves and occasionally other precious items belonging or entrusted to the federal government.

Wednesday, March 21, 2012

Syiling 10 sen boleh jadi RM280

Tahniah....... Mr Dickson Niew

_________________________________________________

Oleh ADLAN JAAFAR




LAWRENCE (kiri) sudah mengumpul mata wang sejak tahun 70-an manakala Dickson pula mula serius menjadi ahli numismalis sepenuh masa selama setahun.

MELIHATKAN ciri fizikal pada sekeping wang syiling 10 sen keluaran tahun 1971, nampak seperti tiada beza dengan syiling-syiling lain. Ia tiada nilai istimewa bagi kebanyakan orang.

Tuesday, March 20, 2012

"Pad Lock" Keluaran Terbaru (Limited Edition)

"Pad Lock" terbaru yang unik untuk memastikan moto anda selamat dari kena "KEBAS", jangan tanya aku lebih-lebih sebab aku pun tak penah terpikir ada "Pad Lock" macam ni. Kreatif betul rakyat Malaysia sekarang, sila layan gambar dibawah;


Gambar yang aku ambil di sebuah apartment, ada berani nak "KEBAS" moto ni?? fikir-fikirkan lah..............

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menjemput orang ramai ke Pameran Seni 'Dahulu dan Kini: Ulangtahun ke-50 Bank Negara Malaysia'


Ref No: 03/12/06
Embargo: Untuk Siaran Segera


Sumber gambar: ako tetap ako


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mempersembahkan kepada orang ramai koleksi seni 'Dahulu dan Kini: Ulangtahun ke-50 Koleksi Seni Bank Negara Malaysia'. Pameran ini berlangsung dari 19 Mac sehingga 19 September di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia bertempat di Sasana Kijang. Pameran ini menonjolkan karya-karya terpilih daripada koleksi seni Bank Negara Malaysia yang mula dikumpul sejak tahun 1962 lagi.

Karya seni yang bakal dipamerkan terdiri daripada lukisan, cetakan seni, lakaran dan arca yang merentasi separuh abad mencerminkan sokongan Bank Negara Malaysia terhadap bidang seni tanah air. Pencapaian-pencapaian hasil daripada transformasi ekonomi dan sosial diterjemahkan kepada bentuk seni oleh karyawan-karyawan seni formatif seperti Fung Yow Chork dan Mohd. Hoessein Enas, dan juga karyawan seni kontemporari yang ternama seperti Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan, Abdul Multhalib Musa dan lain-lain.

Thursday, March 8, 2012

Keluaran Duit Syiling Peringatan 100 Tahun Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Embargo : Untuk siaran segera
31 Mac 2005

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-100 keputeraan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut :

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 100 keping sahaja.
 
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 diperbuat daripada perak dengan ketulenan 925 dan berat duit ini ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 200 keping sahaja.
 
3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling tembaga-nikel ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM8 setiap keping. Kuantiti tempaan ialah 25,000 keping sahaja.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf. Manakala set 2 dalam satu mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf. Kedua-dua set tersebut masing-masing akan dijual pada harga RM1,208 dan RM168. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Reka bentuk sebelah hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.

Tempat Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan dijual mulai pada 1 April 2005 di lokasi berikut :

Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40740 Shah Alam, Selangor D. E.
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
 
Lampiran I

Spesifikasi Teknikal

 
Nota :
Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf;
Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.

Bank Negara Malaysia
31 Mac 2005

Friday, March 2, 2012

Penerbitan Siri Kedua Siri Spesis Terancam Di Bawah Program Pendidikan Melalui Duit Syiling

Embargo : Untuk siaran segera
30 Jan 2005

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling Siri Spesis Terancam yang kedua di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling. Siri kedua yang dipanggil Siri Burung ini membawa tema Spesis Burung Terancam. Ia dikeluarkan berikutan kejayaan pengeluaran Siri Spesis Terancam yang pertama yang bertemakan 'Haiwan Darat'.

Sama seperti Siri Haiwan Darat yang dikeluarkan pada tahun 2003, duit syiling Siri Burung menampilkan 12 spesis burung terancam yang terpilih yang akan dikeluarkan setiap bulan mulai bulan Januari 2005. Duit syiling dengan reka bentuk burung Barau-Barau merupakan spesis burung terancam yang akan membuka tirai Siri Burung, diikuti dengan 11 spesis burung terancam terpilih yang lain. Senarai penuh 12 spesis burung terancam dalam Siri ini adalah seperti di lampiran 1.

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Duit syiling ini akan didatangkan di dalam kad duit syiling yang menarik dan berwarna-warni, lengkap dengan maklumat berkenaan spesis burung yang dikeluarkan.

Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran seperti dalam Lampiran I. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan logo untuk Siri Burung yang diwakili oleh Burung Kenyalang.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling Siri Burung ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling boleh diperolehi bermula dari 31 Januari 2005 dan 11 keluaran berikutnya boleh didapati mengikut jadual di lampiran 1. Duit syiling Siri Burung boleh didapati dilokasi berikut:
  1. Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
  2. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
  3. Taman Burung, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Bank Negara Malaysia
30 Januari 2005
 
Appendix I
Siri Spesis Haiwan Terancam Siri Burung

Senarai Siri Burung Terancam dan Jadual Keluaran


Bank Negara Malaysia
30 Januari 2005



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute