Cari Post lain disini

Tuesday, March 20, 2012

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menjemput orang ramai ke Pameran Seni 'Dahulu dan Kini: Ulangtahun ke-50 Bank Negara Malaysia'


Ref No: 03/12/06
Embargo: Untuk Siaran Segera


Sumber gambar: ako tetap ako


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mempersembahkan kepada orang ramai koleksi seni 'Dahulu dan Kini: Ulangtahun ke-50 Koleksi Seni Bank Negara Malaysia'. Pameran ini berlangsung dari 19 Mac sehingga 19 September di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia bertempat di Sasana Kijang. Pameran ini menonjolkan karya-karya terpilih daripada koleksi seni Bank Negara Malaysia yang mula dikumpul sejak tahun 1962 lagi.

Karya seni yang bakal dipamerkan terdiri daripada lukisan, cetakan seni, lakaran dan arca yang merentasi separuh abad mencerminkan sokongan Bank Negara Malaysia terhadap bidang seni tanah air. Pencapaian-pencapaian hasil daripada transformasi ekonomi dan sosial diterjemahkan kepada bentuk seni oleh karyawan-karyawan seni formatif seperti Fung Yow Chork dan Mohd. Hoessein Enas, dan juga karyawan seni kontemporari yang ternama seperti Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan, Abdul Multhalib Musa dan lain-lain.


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dibuka setiap hari daripada pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang, termasuk hujung minggu. Kemasukan adalah percuma untuk orang ramai. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi bahagian Khidmat Pelawat di 03-9170 2784 atau emel infomuseum@bnm.gov.my. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.museum.bnm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang muzium ini.

Bank Negara Malaysia
16 Mac 2012 

VISITOR SERVICES INFORMATION:
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery,
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9179 2784, Fax: 03-9179 2161
URL:  www.museum.bnm.gov.my
Nearest KTM station:   Bank Negara KTM Komuter
Parking:   Ample parking on LG4, LG5 with a flat RM3 parking fee
Group tour bookings or more details:  Please call 03-9179 2784 or log onto www.museum.bnm.gov.my
Museum Shop:   Offers exclusive Bank Negara Malaysia souvenirs and publications
Museum Café:   For light snacks and refreshments
Special needs facilities:   Wheelchair friendly facilities include restrooms, lifts and ramp access

Sumber : Website BNM

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute