Tersenyum aku bila baca sampai perenggan ke-5 (boleh rujuk keratan Akhbar), Kenapa aku tersenyum?
- Boleh pula lelaki tak dikenali beri duit syiling.
- Dia pula ambil tanpa bertanya dan terus berlari.
- Lelaki tersebut pun hilang
Oh!! mungkin dia terkedu bercampur gembira masa tu (kata orang).
Dalam kotak fikiran aku pula terfikir,
- Apa tujuan duit syiling tersebut diberikan?
- Siapakah lelaki tersebut?
Macam ada unsur-unsur mistik dan tahyol disitu. Fuhhh!!!....Fuhhhh!!....dah semakin tenat aku nampak cerita-cerita yang dikaitkan dengan Matawang Lama.
Rasanya syiling tu kalau ada orang nak beli, senang-senang saja boleh jual AS$5 Juta Kot
**********
RUZAMAN menunjukkan syiling AS tahun 1799 dan laporan Kosmo! mengenai lelongan syiling di New York yang hampir sama dengan syiling miliknya di Selayang semalam.
SELAYANG - Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138 hingga 214 tahun.
Menurut Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12 tahun lalu yang diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia pulang daripada berniaga di Rawang, Selangor.
Katanya, pada malam itu keretanya kehabisan minyak di sekitar Taman Templer dan dia terpaksa berjalan kaki selama 30 minit ke sebuah stesen minyak berdekatan.
"Ketika dalam perjalanan ke kereta setelah membeli minyak, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri saya dan menanyakan masalah yang saya hadapi.
"Kemudiannya, secara tiba-tiba lelaki itu menghulurkan dua keping syiling ini kepada saya dan selepas menerimanya saya terus berlari ke kereta sementara lelaki tersebut juga hilang begitu sahaja," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber Asal: Akhbar Kosmo, 29 Jan 2013
**********
No comments:
Post a Comment