Cari Post lain disini

Wednesday, January 2, 2013

Wang kertaskah itu?

SEORANG model menunjukkan kertas penyerap minyak wajah.

RUPANYA seperti wang kertas tetapi tahukah anda bahawa ia sebenarnya kertas penyerap minyak wajah? Itulah produk unik yang dihasilkan oleh syarikat gergasi permainan Jepun, Bandai yang diperkenalkan baru-baru ini.


Dinamakan Fukuzawayukichi yang bermakna 'menyerap minyak', ia menarik perhatian media ketika dipamerkan di ibu pejabat syarikat berkenaan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.



Dijual secara set dengan 20 keping 'wang kertas' satu set, bungkusannya berbentuk seperti dompet.


Sumber Asal: Akhbar Kosmo 

**********

Harap tak ada produk sebegitu dikeluarkan Malaysia, kadang-kadang produk yang dikeluarkan di Jepun sangat merapu dan tidak masuk akal. Produk yang merupakan Kertas Penyerap Minyak Wajah yang berbentuk Wang Kertas bagi aku tidak sesuai dihasilkan walaupun bukan dari wang kertas yang sebenar.......kerana ianya berlawanan dengan konsep asal penggunaan Wang Kertas.......hmmm, ada ke patut, lepas pakai buang sama macam tisu muka/tandas.

Di Malaysia pula kita cuma biasa lihat Keychain, Rantai Tangan, keronsang, dan Sampul Wang Kertas untuk Hari Raya. Bagi aku produk tersebut manarik dan sesuai dihasilkan tapi kena letak "CONTOH" dan jangan 100% menyerupai Matawang sebenar. Sila rujuk dibawah;


    Keychain Banknote (Sumber gambar dari internet)

Rantai Tangan & Keronsang (Sumber gambar dari internet)


Sampul Raya (Sumber gambar dari internet)

Apa pula kata anda? 

Apa akan anda lakukan sekiranya produk tersebut wujud di Malaysia? 

Kalau nak buat duit pun ada lagi cara lain... :D. BNM mesti beri perhatian terhadap produk-produk berasaskan wang kertas atau syiling yang dikomesialkan oleh sesetengah pihak/individu bagi memperolehi keuntungan supaya tidak disalah gunakan dan seterusnya mungkin nanti memberi kesan buruk. Aku bukan nak menutup periuk nasi orang lain tetapi sekadar memberi pandangan sahaja. Setakat ini BNM pun ada keluarkan barangan yang berasaskan Matawang, kita juga boleh dapatkan sebagai koleksi....anda boleh beli di kedai cederahati Sasana Kijang.

Perlukah untuk minta kebenaran BNM sekiranya kita ingin komesialkan produk berasaskan Matawang? 

Kalau jawapannya YA, Bagaimanakah caranya?

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute