Cari Post lain disini

Tuesday, January 1, 2013

Buku Rujukan Matawang

Sebelum ni aku pernah menulis berkenaan Rujukan Bagi Pengumpul Duit Syiling/Wang Kertas Lama dan Baru. Dibawah adalah diantara buku rujukan yang aku sempat ambil untuk dimasukkan didalam blog dan ianya menarik untuk kita cari dan jadikannya sebagai rujukan.

1. Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis





Buku  diatas telah ditandatangan oleh penulisnya (Dr. Ibrahim Bakar Langkawi), kalau siapa-siapa berminat untuk dapatkannya boleh contact Mr. Uptown Banknote itu pun kalau ada lagi stok. Buku tersebut memang best dibaca, maklumatnya padat dan isinya mudah difahami....rugi kalau tak membelinya untuk rujukan.

2. Coin & Paper Money Catalogue of  Malaysia-Singapore-Brunei



Buku pun dapat dari Mr. Uptown Banknote, buku diatas simple sahaja tapi tetap menarik untuk dijadikan rujukan

3. Bergembira dengan Wang




Buku ini adalah berbentuk pembelajaran didalamnya ada cerita bergambar sejarah Matawang, kuiz dan   macam-macam lagi. Ianya sesuai untuk pelajar dan kanak-kanak yang mahu belajar kerkenaan Matawang Malaysia. Saranan aku agar BNM mengeluarkan semula buku sebegini kerana ianya sangat menarik untuk disimpan. Aku beli dengan Uptown Banknote, baca disini juga Sukakah Anda Membuat Duit Syiling Sendiri?


Kita sebagai pengumpul Matawang lama dan baru mestilah sentiasa menambah ilmu berkenaan Numismatik, salah satunya caranya adalah dengan membaca......tetapi daripada yang aku lihat (tanggapan kasar aku sahaja) tak ramai yang suka membaca, mereka lebih cenderung untuk mendapat info dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan bertanya dengan rakan pengumpul yang lain (medium yang famous sekarang facebook dan twiter) dan blog.

Bagi aku, tak kisahlah bagaimana cara digunakan yang penting maklumat yang mereka dapat adalah betul/tepat bukan bermain dengan mistik, dongeng atau tahyol.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute