Banyak aplikasi android yang telah dihasilkan untuk telefon pintar, dalam banyak-banyak aplikasi tersebut aku tertarik dengan "Counterfeit Money Detector". Anda boleh cari dan download dalam "Play Store", aplikasi tersebut simple saja sebenarnya. Nak tahu lebih lanjut anda boleh cuba, kalau nak cerita semuanya rasa tak best la pula. Apa guna kalau ada telefon Android tapi tak install dengan aplikasi ni, sedikit sebanyak iannya dapat membantu kita, lagipun boleh dibawa kemana sahaja tanpa rasa beban pun. lepas ni senang la sikit kita nak kesan wang palsu.....
Taip saja "counterfeit", ada banyak pilihan yang anda boleh buat tetapi yang aku rasa ok adalah "Counterfeit Money Detector".
Bila dah selesai install, bolehlah mula mencubanya. Takkan tak tau kot macam mana nak mula, klik icon tu.....:D
Dibawah adalah "main manu" untuk aplikasi tersebut. klik pada "Start UV", kalau tak tahu atau nak minta kepastian, anda boleh klik "How to use".
Inilah hasilnya, aku salah satu cara menguji wang kertas dengan mengguna cahaya UV yang terhasil dengan cara paling mudah dan senang untuk ambil gambar.
Boleh tahan jugalah hasilnya, kalau nak guna skala bintang....boleh la letak 3.5 dari pada 5 bintang. Sorrylah, gambar tak berapa cantik....aku guna kamera telefon saja.
Wang Kertas RM1
Wang Kertas RM10
Wang Kertas RM100
Bagi siapa-siapa yang dah mencubanya, sila tinggalkan komen anda.....:D
No comments:
Post a Comment