Cari Post lain disini

Loading...

Tuesday, May 27, 2014

Pameran dan Jualan Matawang Lama & Barangan Antik

Sebenarnya aku tak tau nak bubuh tajuk apa untuk topik aku kali ni sebab kompius sikit....tu dia, dah keluaq dah loqat Kedah aku. Apa yang aku nk bg tau dekat hang pa semua, pada 31 Mei 2014 nanti akan diadakan Hari Terbuka Muzium Lembah Bujang Merbok, Kedah, disamping tu ada juga depa buat Pameran dan Jualan Matawang Lama/Antik dekat perkarangan parking Muzium Lembah Bujang. Sila rujuk maklumat dibawah; 


Lokasi: Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah D.A.
Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Anjuran: Pihak Muzium dengan kerjasama Kelab Numismatik Utara.

Mana aku dapat maklumat ni?

Aku dapat maklumat dari sahabat FB Simerah Selanggar dan Mohamad Mufti Osman, kalau ada nak tanya atau mendapatkan maklumat lanjut seperti jadual dan aktiviti yang akan diadakan di sana......bolehlah bertanya dengan mereka.

Jom kita pakat p sana ramai-ramai untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan, kebetulan pula aku ada dekat kampung masa tu..... :D 

Kawan-kawan FB dan blogger, tolong war-warkan aktiviti ini....... :D

Note: 
Kalau ada buat cebutan bertuah tu, hadiahnya pulak merupakan matawang lama/barangan antik pun menarik juga......."confirm", ramai yang akan p sana nanti....."penganjur, sila ambil perhatian serius" sebab cadangan aku ni memang "serius best " :D :D

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute